Isnin, 2 Februari 2009

Pagi 2 haribulan Februari 2009

Assalamualaikum w.b.t:Monkey31:

:Monkey18:Selamat pagi kepada semua...:Monkey19:hehehe... Sengaja aku menaip pagi ni... Sebenarnya tak tahu nak taip apa tapi memandangkan aku tiada aktiviti lain, aku menaiplah apa yang terlintas di kepala otak:Monkey13:.

Aku sentuh tentang isu 'Boikoit produk Israel'. Dah agak lama isu ini timbul tapi baru sekarang aku nak mengulas tentangnya. Produk pertama yang ingin aku ulas ialah KFC. Betul ke produk tu adalah keluaran pihak Israel? Aku pun tak dapat memastikannya. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang menghantar 'kad' siber' sahihlah bahawa KFC itu adalah produk dari pihak zionis tersebut. Di kampungku ini ada sebuah premis makanan segera tersebut. Para pelanggannya rata-rata bangsa Melayu. Adakah mereka tidak sedar akan isu tersebut?:Monkey09: Satu peristiwa pada hari kedua Tahun baru Cina yang lepas. Aku bertugas sebagai pemandu kak A'a tanpa gaji lahiriah. Beliau hendak ke pejabat kerajaan untuk menyelesaikan urusan berkenaan penyambungan pembelajaran beliau ke Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Aku terpandang sebuah kereta Gen-2 berwarna kelabu taik anjing (no. plat dirahsiakan) yang berpelekat McD. Sedang aku berada dalam keadaan separa sedar, terpacul dari mulut ku perkataan 'ZIONIS'. Seraya kakak ku jua berkata "Betul tu, megahnya beliau menampal pelekat tersebut"(ayat diubahsuai bertujuan untuk menyesuaikan dengan keadaan) . Cuba anda bayangkan dengan dingin sejenak, pelekat tersebut yang berwarna merah menyala terserlah kerana warna kereta tersebut yang seakan warna najis mughallazah.

Masih lagi berkenaan isu tersebut, rakan perempuan aku ada berkata " lepas ni tak cantik sangatlah, Maybelline dah kene boikot. Amat guna telefon bimbit apa?? Kalau Nokia baik Amat buang cepat". Takkan aku nk buang alat komunaksi aku yang penting ni ???? Hahahaha... Memang sakit hati.

Pada pendapat aku. Boikot disini bermakna tidak lagi melanggan barang tersebut samada membeli atau menggunakannya. Barangan boikot yang sudah ada tidak perlulah dibuang kerana tindakan tersebut akan menyebabkan kerugian.

Aku beruntung kerana tiada musik atau lagu yang aku dengar adalah keluaran Israel:Monkey24: Sekarang ini pun tatkala aku menaip, aku ditemani dengan lagu² dari C.O.B, Jet, Tipe X, dan banyak lagi:Rabbit48:
Aku sudah tidak tahu nak taip apa lagi ni.:Monkey32:. Ok lah semua, semoga kita bertemu lagi di artikel yang akan datang.

Assalamualaikum w.b.t:Monkey47:

(aktiviti selepas ini ialah:Monkey44:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)