Selasa, 10 Februari 2009

09.02.09






Ngah² mengah....:Rabbit18:

Penat berlari keliling dunia dalam masa 5 jam. Sampai ke destinasi untuk meluakkan masa. Perkongsian cerita tentang pengalaman bermula disini. Tika ini....



Tarikh terpahat. 09.02.09. Ahli berempat dalam besi berenjin. Bermula pada jam 8.00 malam. Destinasi dituju Teluk Intan Perak. 45 minit masa berlalu, sampai di destinasi bertemu ahli kelima. Setelah sepakat berlima, destinasi seterusnya ke temasya suka ria. Pusing-pusing dari atas ke bawah, bawah keatas, dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, (berdua) berjalan umpama dari titik A ke titik B (berlima), dan dibuai di buaian yang berkelajuan tinggi (berdua) yang membuatkan santapan sebelum permainan serta merta mendap dan mengakibatkan rasa mual ( terpaksa menahan untuk menjaga ke'machoian:Rabbit09:).

Tiba saat 'online'. Destinasi Restoran Ghulam Rasul yang menyediakan kemudahan Wi-Fi. Bersembang di alam maya sudah menjadi kebiasaan kepada A.B. Berstatus bujang membuatkan ahli berlima tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Justeru, hingga ke jam 4.00 pagi tidak menjadi penghalang bagi A.B menghuni.

Kerna perancangan kelam, ahli berlima menuju Lumut untuk menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Lebih terperinci, bersantai di Watefront Lumut, terlihat 3 pasangan belangkas yang memadu asmara. Mempunyai suara bagai mahu pecah dunia. Melelapkan mata sambil dilelapkan mata. Ada juga yang menduga lautan yang menjanjikan pulangan.

Masa meninggalkan Lumut pada waktu 5.50 pagi. Sebelum kembali ke Teluk Intan, menikmati sarapan subuh di sebuah restoran yang menawarkan perkhidmatan 25 jam. Canai kosong dan teh tarik menjadi santapan untuk mengisi perut. Perjalanan dimulakan kembali dalam suasana pagi yang dingin. Pemandangan sawah padi yang sudah dituai tetap kelihatan cantik kerna kabus.

Sampai di jambatan yang melintasi Sg. Perak, satu kemalangan telah berlaku diseberang menyebabkan kenderaan-kenderaan lain berhenti lantas memerangkap ahli berlima. Perlanggaran antara kereta Waja coklat cair dan lori ikan warna tidak dapat ditentukan telah berlaku. 'Bumper" Wira yang remuk teruk dan 'bumper' lori yang tidak menyerupai keadaan asal dapat menterjemahkan bagaimana pelanggaran berlaku.

Setelah sampai di Teluk Intan, perpisahan dengan pembantu kapitan A.B. Setelah itu, kapitan A.B mengarahkan Setiausaha A.B untuk memandu. Pada masa inilah insiden yang mendebarkan berlaku. Setiausaha berdegup kencang ketika memandu justeru bersilang kaki mencari 'brake paddle' akan tetapi terus bergerak laju. Tanpa melengahkan masa , kapitan menarik 'handbrake' dan arahan menukar pemandu dikeluarkan. Memang satu situasi yang tak dapat dilupakan.

Sampai di Sg. Besar pada 9.10 pagi. Setiausaha pula mengucapkan selamat tinggal kepada A.B yang tinggal bertiga.

Mak : "Amat, gi beli sarapan. Nasi lemak kat Taman Berkat tu. Kalau takde beli je la roti canai."
Amat : "Baikkkk!!!"

__SEKIAN_____


daftar singkatan :-

1) A.B - Ahli Berlima





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)