Khamis, 18 Disember 2008

19-12-2008


Assalamualaikum to all readers (kalau ada)

Petang Ahad yang lepas aku bertolak ke rumah kak Rose di Kajang. Lingkungan 1430 hours. Sepatutnya sampai lingkungan 1730 hours, tapi kerana terlepas simpang makanya terlewat satu jam lebih kurang. Sampai ke Kota Kemuning, patah balik. Dengan itu tol yang tidak bersangkutan pun terpaksa dibayar.

Imran, anak kak Rose menampakkan keadaannya yang semakin beransur pulih. Nisa pula yang berjangkit. Tetapi tahapnya masih boleh dikawal.

Semalam, merupakan hari yang bermakna bagi aku. Kerana pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke ALAMANDA@PUTRAJAYA. Hahahahaha. Shopping kompleks yg tak 'complex' . Di sana, kami ( mak,kak Raha, kak Rose, Imran) telah menonton wayang . LOS&FAUN.Satu lagi cerita Melayu yang aku tonton. telah melengkapkan jumlah filem Melayu kepada 4 buah filem yang telah ku tonton. Akan tetapi, filem tersebut tidaklah menyengat mana (bagi aku). Jalan penceritaannya so simple. Aku lebih berminat terhadap filem Afdlin Shauki bertajuk 'SEPI'. Jalan cerita SEPI lebih kompleks dan bagi aku ianya mencabar akal.

Berkenaan dengan tarikh diatas. Sampai rumah Sg Besar petang td. Dalam lingkungan 1700 hours. Selepas bertolak dari rumah kak Rose, 1130 hours, singgah pula ke rumah Pak Lang Ahmad. Tapi Pak Lang dah keluar dan Mak Lang berada di rumah lamanya. Yang tinggal hanyalah sepupu aku ( tak mention nama sebab lupe). Lepas tu bertolak pula ke Banting. Menjenguk Mak Andak Jenah. Sempat juga la meninjau tanah kepunyaan Wan Kamariah. Dan tanah yang diusahakan oleh Ucu Azhari dengan menanam serai. Bak kata orang, 'berbudi pada tanah' .