Petang hari Jumaat yang membuatkan kondisi ku kurang baik. Kura² merah dilanda demam yang agak kronik. terbantut perancangan ke PD bersama teman². Pagi td tukar kabel minyak yang sudah separuh dekat. Mahu menukar gasket eksoz tetapi diarahkan datang pada esok hari kerana hari ini sekerat hari. Bersiap-siap untuk berangkat ke Shah Alam sehingga jam satu. Satu suku menghidupkan enjin motor dan terus memulakan perjalanan ke Shah Alam. Belum sampai setengah perjalanan, enjin mati secara tiba². Pulasan minyak tidak memberikan sebarang kesan yang menandakan kura² merah dalam kondisi yang baik. Untung kedai motor berdekatan untuk melihat apakah kekurangan.
" U punya itu, ini maybe ala ploblem. Mahu bikin ka tamau??" Pelat taukeh berbahasa Melayu. "Berapa harga mau kasi baik??" Pelat aku kerna terikut akan pelatnya. " Mahal wo!!!!! itu saja sulah 2 ratut lebeyh, tambah in 1 latut lebeyh wo...." Pelat taukeh menjawab persoalan ku tadi. Setelah congakan menghasilkan keputusan, aku memuktamadkanya untuk meninggalkan kura² merah selama sehari di premis itu.
Ku tahan godaan
Ku semai sisa ke'macho'an
dengan mengambil perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke Sg. Besar. Tak disangka harga tiket naik dari RM 1.00 kepada RM 3.20. Agak lama juga aku tak menggunakan perkhidmatan ini ya..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)