Hari ni sayaingin kongsi pengajaran tambahan menggunakan perisian ADOBE Photoshop. Merujuk kepada tajuk post kali ini, sama-samalah kita dengan suka hati menukarkan gambar realiti kepada catan menggunakan komputer.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai gambar. Semestinya ini merupakan langkah yang penting kerana tanpa gambar tentunya anda tidak akan berjaya menggunakan aplikasi Photoshop. Lantas pengajaran tambahan ini akan sia-sia. HA HA HA.
Gambar yang menjadi pilihan untuk ditukarkan menjadi catan ini berlokasi di Danga Bay ( Pantai Lido) Johor Baru.
Lokasi : Danga Bay ( Pantai Lido)
Masa : Senja
Jurugambar : Abd Dzul
Masa : Senja
Jurugambar : Abd Dzul
Langkah seterusnya anda haruslah mempunyai perisian ADOBE Photoshop. Disyorkan menggunakan keluaran 7 dan keatas. Dalam pengajaran tambahan ini, saya menggunakan ADOBE Photoshop keluaran CS 4 Extended justeru tetingkap Photoshop tersebut berlainan dengan keluaran sebelumnya ( 7 hingga CS 3 ).
Setelah segala keperluan dipenuhi, sila ikuti langkah-langkah yang berikut :
pengajaran tambahan - tutorial
Setelah segala keperluan dipenuhi, sila ikuti langkah-langkah yang berikut :
- Duplikat imej asal
- "Desature" imej duplikat dengan menekan pada papan kekunci : Ctrl+Shift+U. anda juga boleh melakukannya tanpa menggunakan pintasan : Image>>Adjusment>>Desaturate.
- Duplikat imej yang telah di"Desaturate" dan di "Invert" dengan menekan dipapan kunci : Ctrl+I. Tanpa menggunakan pintasan pula ialah : Image>>Adjusment>>Invert.
- Tukarkan mod "layer" paling atas kepada "Color Dodge". Setelah itu anda akan dapati bahawa imej akan akan hilang. Jangan panik. Anda tidak melakukan kesilapan. Disinilah anda seharusnya mengenakan effek "Gaussian Blur". Untuk menggunakannya : Filter>>Blur>>Gaussian Blur. Anda boleh melakukan penyesuaian terhadap effek yang ingin anda hasilkan.
- Gabungkan "layer" paling atas dan yang berada di tengah-tengah dan menukarkan "mode" "layer" tersebut kepada "Luminosity".
- Selepas itu, teruskannya dengan mengenakan effek Artistic; Filter>>Artistic. Di dalam pengajaran tambahan kali ini, saya memilih effek "Fresco" sebagai effek catan saya pada gambar.
Dan inilah hasilnya.
SelamatMencuba.
pengajaran tambahan - tutorial
fresco sgt mencabar hati untuk bersabar sekiranya gambar yg harus diedit contrasnye sgt luntur!
BalasPadamyg ini saye slhkan jurugambar...LOL
dan juge faktor cahaya barangkali