Ahad, 1 Februari 2009

Kenangan Raya 2007---Banting :]

Assalamualaikum...

Post aku kali ni nk berkongsi tentang kenangan aku semasa raya Aidilfitri tahun 2007. Lokasi di Banting Selangor, satu rakaman secara tidak rasmi telah diadakan. Abg Hishan telah mempersembahkan lagu TERSESAL versi unplugged. Dengan merakamkannya menggunakan kamera digital (baru 6 bulan masa tu) sebuah persembahan petikan gitar oleh abang hishan telah pun tersimpan didalam kad memori sebagai kenang-kenangan.





Beginilah hasillnya rakaman tersebut...hahaha...adakah anda teruja ??hehehehe. Abg Hishan tak hafal kord lagu tersebut, cuma beliau memainkan kord yg bersesuaian dengan melodi asal.

Seperti biasa, setiap kali hari raya Aidilfitri menjelma, main mercun sudah boleh dikatakan aktiviti wajib apabila tiba di Banting. Kerana disana masih lagi suasana kampung terasa kerana tidak banyak pembangunan yang berlaku. Mercun telur, naga dan mercun roket yang pada kebiasaanya yang menjadi pilihan untuk diletupkan disana. Pak Uteh memberikan pelajaran baru dalam seni bermain mercun. hehehehe.... Beliau telah meletupkan sebiji mercun telur dibawah tin laici. akibatnya tin tersebut melayang keudara dam mencapai ketinggian 10 kaki!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)