Assalamualaikum w.b.t.....
Artikel kali ini juga aku ingin berkongsi pengalaman bersama para pembaca. Video yang akan dipaparkan pasa kali ini ialah tayangan video sewaktu kami ( aku dan rakan-rakan) menikmati makan malam di Pizza Hut (sblm diboikot:)).

Pada tahun 2007 ( tak silap) aku telah mengikuti latihan praktikal di Galeri Tuanku Nur Zahirah (TNZ) di UiTM Shah Alam. Diantara pelajar yang juga turut membuat latihan praktikal disana termasuklah Sukor , Shahrul, Nadia, Din, Aida, Mai, dan Safrini. Kami 7 orang telah membuat latihan praktikal disana selama 3 bulan. 4 orang dari kami mengambil kursus Seramik dan selebihnya Seni Halus.
Sewaktu disana, aku telah mempelajari selok belok mengadakan pameran di galeri-galeri oleh artis(pelukis). Aku telah mempelajari tentang perjanjian diantara pihak galeri dan artis, cara-cara mempamerkan karya-karya, dan juga aturcara yang mempunyai protokolnya sendiri. Aku juga telah mempelajari cara-cara untuk mengendalikan karya yang akan disimpan kerana terdapatnya karya baru yang akan dipamerkan. Karya-karya yang dimaksudkan oleh aku tidaklah hanya tergolong di dalam bidang Seni Halus sahaja, malahan karya dari bidang Tekstil, Seramik, Logam Halus, Rekaan Industri dan juga Fesyen.
Banyak kenangan yang berlaku dalam masa 3 bulan menjalani latihan praktikal disana. Diantaranya ialah memasak bubur didalam galeri, perasmian galeri Uitm yg bertukar nama dari Galeri Seni UiTM kepada Galeri Tuanku Nur Zahirah, lawatan-lawatan dari sekolah-sekolah, lawatan Panitia Seni Visual Sabak Bernam, mengendalikan pameran-pameran graduan-graduan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, menguruskan galeri sewaktu Pesta Konvokesyen berlangsung dan pelbagai kenangan manis lagi yang sukar dilupakan sewaktu mengadakan latihan praktikal di sana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)