Dah lama aku tunggu
dan akhirnya penantian
membuahkan hasil yang lumayan
Kredit untuk Lyn...
yang memberikan gambar kenangan di Batik Gulf (Teluk Batik)
Perkongsian pengalaman bermula disini...
Setelah sepakat (membawa berkat), ahli Perak 4 bersetuju untuk mengadakan perkhemahan ( macam meriah je) di Teluk Batik. Tarikh yang ditetapkan ialah 070309 (Sabtu) kerana pada 090309 (Isnin) adalah cuti umum kerana Maulidur Rasul S.A.W.
Tanpa di duga, Kapitan Perak 4 (rujuk entri ini) tidak dapat menghadirkan diri kerana takdir yang tak dapat dielakkan. Akan tetapi, perancangan tetap diteruskan.
Kisah Satu - Lyn dan Izwan.
060309 aku tidur lewat. Tak lewat sangat. Anggaran pukul 0200 (070309) aku terlelap. Pukul 0500 nak bangun, ambil kak A'a (rujuk entri ini). Selepas acara itu, cadangnya mahu menidurkan diri di atas tilam yang empuk (kot). Akhirnya sehingga pukul 0800 masih tidak dapat ku hanyut. Malas mahu tidur, aku bersiap mengemas barang untuk keberangkatan pergi ke Perak. Oh ya!!! Aku mesti jumpe Lyn dan Wan dahulu di Shah Alam. Mahu naiki apa ya ??? Gumam sebentar bersama sebatang berus gigi di mulut (takkan dua). Jika mengambil pengangkutan awam (bas) sudah tentu jam 1100 sampainya di Klang, belum ke Shah Alam. Mahu atau tidak, ku pinjam Kancil merah. Biar pun di bebel. Tetap ku harungi. Jam 0900 aku bertolak.
Sampai di Shah Alam, jam 1045 aku berada tepat dihadapan hostel Melati untuk mengambil barang-barang kepunyaan In (Ada@Vee). Sesudah barangan tersebut dalam jagaan ku, bergerak pula aku ke seksyen 17 (perhentian bas) untuk bertemu Lyn dan Wan. Setelah bertemu mereka, kami menuju ke Sg. Besar dengan tujuan untuk menghantar Kancil merah untuk kegunaan mak. Dalam perjalanan, hujan lebat. Aku yang kepanasan kerana Kancil merah tidak berhawa dingin terpaksa meningkatkan daya pecutan untuk menghilangkan kepanasan justeru melenyapkan kabus di cermin. Setelah sampai, aku parkir Kancil merah ditempat yang sepatutnya dan bergegas menaiki kereta Lyn (My V) dan menuju ke Teluk Intan untuk berjumpa Razzo ; Naib Kapitan (rujukan).

bersambung..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)