Ahad, 15 Mac 2009

Batik Gulf -- part 4

Setelah sesi bergambar, kami menuju pula ke Teluk Batik. Ada tidak dapat ikut serta berikutan kondisinya yang tidak mengizinkan. Yus pula terpaksa balik ke rumahnya kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Jam menunjukkan waktu 2030 ( lebih kurang) :pge07:kami mengundurkan diri dari rumah Ada dan bergerak (bukan jalan kaki) menuju ke Teluk Batik. Dalam perjalanan, kami singgah di TESCO Stesen 18 untuk membeli keperluan untuk mengadakan BBq. Izwan dan Mumi telah menuju ke Teluk Batik dahulu memandangkan mereka menaiki motosikal.

Yang aku kesalkan (tak berapa nak kesal ar) kami mengajak kaum Hawa untuk membeli kelengkapan dan bahan makanan. :pge18:Faham sendiri saja apabila kaum Hawa bershopping, ada saja yang melekat di satu-satu tempat. Masa suntuk, Razz mencadangkan supaya aku dan dia sahaja yang pergi membeli keperluan. Kaum Hawa dibenarkan untk bershopping. Setelah keperluan dibeli, kami menuju kediaman adik Razz di Seri Iskandar untuk mencuci yang patut dan membuat rempah bagi melazatkan lagi ayam yang akan dipanggang nanti.

Sampai di Teluk Batik (setelah kerja membancuh rempah dan mencuci ayam siap), jam menunjukkan 0000 (lebih kurang). Izwan dan Mumi telah sampai lebih awal kerna mereka tidak singgah ke TESCO. Kami bertemu Roll (pak Arab) yang datang bersama rakan-rakannya.


Setelah memilih kawasan perkhemahan yang sesuai, masanya untuk memasang khemah. Dalam acara tersebut, terdapat satu insiden

yang tak dapat aku lupakan. Aku tersalah memilih 'tulang' untuk 'menaikkan' khemah. Dengan pertolongan Ketua Pengakap : Razz, khemah dapat dinaikkan jua.


bersambung...........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)