Ahad, 15 Mac 2009

Batik Gulf -- part 3


Gambar di atas ialah akibat pelanggaran tersebut ( di roundbout Medan Kidd). Walaupun tak berapa nak remuk, remuk hati empunya kenderaan ini a.k.a Lyn. Sehinggakan beliau menitiskan air mata(part touching). Selepas keadaan kembali tenang selepas 10 minit, perjalanan diteruskan. My V dipandu oleh Lyn telah diambil alih oleh aku. Walapun tak biasa dengan perjalanan di Ipoh, ku turutkan jua bagi mencapai hasrat dan tujuan. Apabila gear sudah berada di 'D', aku memijak paddle minyak. Setelah anjakan menyuruh aku menukarkan gear kepada gear dua, kaki kanan ku mengagau mencari paddle clutch. Tangan kiri ku pula bertindak ingin menukarkan gear. Apa kejadahnya itu? Kereta ini bertransmisi auto. . Aduiiiii... Malu dibuatnya.
Sampai di rumah In (Ada@Vee), kami terus memarkirkan kereta. Di rumah beliau, kami dijamu dengan makan petang (malam). Aku bertemu kembali dengan ayah dan emaknya serta beradiknya yang lain. Setelah 3 jam berada di rumah beliau (In@Ada@Vee), satu sesi bergambar telah pun diadakan.

bersambung..........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)