Isnin, 16 Mac 2009

Batik Gulf - Final Part

Pada jam 0400 ( lebih kurang) Roll mengundurkan dirinya untuk ke Ipoh dengan menaiki tongkang (gurauan saja). Lebih kurang jam 0500 sampai masa untuk menghanyutkan diri di alam fantasi.......erm..erm!!..ERM!!!... Aduiiii!!!! Suara salah seorang sangat membingitkan telinga. Ini boleh mengakibatkan proses untuk hanyut terbantut. Aku hanyut ditemani pasir-pasir ditepi pantai. Turut menyertai Razz, Mumi, dan Izwan. Kami sama-sama hanyut diselimut langit beralas bumi.


Aku bangun pagi pada jam 0800. Mumi turut serta membangunkan diri. Tetapi kembali membaring diatas kerusi batu. Aku yang sudah celik tak dapat lagi melelapkan mata. Ayam peraman semalam masih lagi berbaki untuk ku panggang. Lantas dengan pertolongan Razz dan rakan-rakan yang lain, aku memanggang ayam tersebut sambil mereka yang lain pergi mandi laut.

:pge14:Alangkah seronoknya melihat mereka bermandi manda. Tapi ku kemalasan:pge03:. Tiada pakaian tambahan yang aku bawa. Hanya mampu melihat ragam mereka yang datang berkelah. Naik sahaja mereka mesti mencari makanan. :pge05:Disinilah peranan aku, yang menyediakan ayam panggang untuk mereka. 'Apa?? Kene sengat obor2?'. Razz also known as Ketua Pengakap telah disengat obor-obor di kaki kanannya.Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan 1300 (lebih kurang).Mereka semua dipanggil naik bersiap-siap untuk pulang. Tepat pukul 0200 ( lebih kurang ) mereka semua telah bersiap dan kami menuju ke parkir kereta. Disana kami adakan sesi penggambaran ( bukan filem).

Setelah sesi tersebut selesai, rancangan pertama kami ialah menghantar Syha ke Medan Kidd. Dalam perjalanan ke sana, kami telah berpisah dengan Mumi yang menuju ke P.Pinang. Setelah Syha selamat sampai di Medan Kidd, satu insiden yang memalukan (kelakar) terjadi. Aku, yang tidak menjadi kebiasaan padaku untuk memandu kereta bertransmisi auto telah memijak brek secara mengejut dan tangan kiriku menekan hon dengan serentak. :pge18:Demm!!. :pge19:Pelik brader yang melintasi dihadapan kami bersama kekasihnya (mungkin).:pge47:Pecah perut Lyn dan Cham gelakkan aku:pge48:. :pge05:Farah hanya mampu tersipu-sipu melihat kelakuanku yang sengal. Aku hanya mampu tergelak. Malu dibuatnya:pge40:.

Setelah itu, kami menghantar Cham dan Farah untuk membeli tiket keretapi untuk pulang ke Perlis pada sebelah malamnya. Apabila tiket sudah di beli, mereka berdua kami hantar ke rumah Ada (Vee) untuk tumpang berteduh dan menunggu sehingga tiba masanya.

A.B yang mulanya bersembilan, kini tinggal berempat. Destinasi seterusnya,kami tuju ke Teluk Intan. Sampai di sana, jam menunjukkan 1800. Kami berhenti di tepi jalan kerana Wan ingin ke tandas. Selepas selesai urusan beliau, kami berpisah pula dengan Ketua Pengakap a.k.a Razz. Kami bertiga menuju ke Sg. Besar untuk menghantar aku. Sampai disana, sudah mahu pukul 1900. Maka berpisahlah aku dengan Wan dan Lyn.

Lyn sampai di Serdang jam 2240 selepas menghantar Wan di stesen komuter. Wan dapat tiket jam 2330 dan sampai di Seremban jam 0000.

Kenangan bersama mereka takkan dapat aku lupakan. Segala pahit manis akan tersimpan. Bukan dalam hati tapi ingatan.

_____SEKIAN_____

TAMAT-----:D


4 ulasan:

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)