Rabu, 16 Julai 2008

HANCOCK (bad attitude,bad behaviour but real hero)












Start kul 3 pg sampai kol 5 pg (anggaran aku r cite ni dua jam) aku telah selesai menonton dvd yg br aku beli...HANCOCK... memang best tahap super saiya ke sembilan. klu bg bintang dari lima aku bg extra satu. memang syok r cite ni dan aku mencadangkan kepada semua pembaca untuk menontonnya bersama rakan-rakan atau sesiapa sj.

Sinopsis cerita ini mengikut pemahaman aku (xfaham sgt english sbb xde subtitle ) sepasang (asal laki bini=Hancock+Mary) yang kononnya angel menetap di bumi berkurun lamanya. masing2 ader power (superhero). tapi masalah antara mereka ni salah seorang dari mereka mesti kehilangan power tu bila bersama. xkire r berdekatan ke, duduk serumah ke, asalkn jarak dorang tu dekat pasti salah seorang akan kehilangan kuasanya. Ada satu kejadian kebakaran yang membuatkan si perempuan ni memutuskan untuk meninggalkan laki ni supaya mereka berdua terus hidup. akibat kejadian kebakaran td si lelaki ni mengalami hilang ingatan. so dia xdapat mengingati pe2 .

Semenjak dia hilang ingatan tu hidup dia menjadi kucar kacir, tak terurus, kaki botol, xpedulik cakap orang dan semua tabiat negatif bg kat dia r senang cakap tp dia menolong polis membanteras jenayah dengan cr yang totally berbeza(kene tgk sendri r, penat nk taip). muncul watak ke 3 yg merupakan suami bekas isteri dia tu. yang bekerja sebagai public relation (PR/CONSULTANT).
dalam satu babak Hancock ni telah menyelamatkn Ray dari dilanggar keretapi. bagi membalas jasa Hancok, Ray telah menjemput Hancock ni ke rumahnya dan di situlah dia jumpa bekas isteri dia Mary. tp hancock ni tak tahu yg itu isteri dia sebab dia hilang ingatan. tp hancock dapat rasakan yang dia ngan mary tu ader some relation. mula2 mary wat xtau je= tak menunjukkan dia pun ada power macam hancock gak tetapi selepas satu insiden kissing antara hancock ngan mary maka terbongkarlah kisah yang mereka berdua ni dulu suami isteri.nk tahu ape terjadi pastu? haruslah anda menontonnya sendri.

Terdapat beberapa pengajaran yang aku dapat dari menonton cite ini:
  1. Jangan menaikkan amarah seseorang itu dengan melakukan perkara yang dia xsuke berulang-ulang kali kerana ia akan membawa malapetaka(kalau orng tu ader super power) atau musibah.
  2. Kite sebagai manusia yang hidup bermasyarakat mestilah mempelajari menyesuaikan diri dalam hidup bermasyarakat.(Hancock masuk penjara untuk memperbaiki kehidupannya yg kucar kacir )
  3. Dari sudut percintaan atau berpasangan menuju kebahagiaan, kita mestilah mengetahui akan kelemahan dan kekuatan pasangan supaya pada masa akan datang akan membawa harapan yang cerah untuk dilalui bersama. jikalau pasangan itu tidak sesuai dengan kita atau memudaratkan diri sendiri, jalan penyelesaiannya ialah dengan berpisah. setiap perpisahan itu pastinya ada hikmah disebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)