Isnin, 25 Mei 2009

Sepetang di INTEC 24/05/09

Aku berpeluh bagaikan baru sahaja mandi. Baju biru bertukar rupa. Terik mentari telh mengakibatkan keluarnya cecair dari tubuhku (peluh). Muka, leher (tengkuk) menjadi tempat tumpuan untuk peluhku dirembeskan. Mengalir melalui tengkuk, menyusui belakangku menuju ke pinggang. Keadaan membuatkan aku tidak selesa 90%. Angin yg bertiup sepoi² bahasa tidak dapat mengeringkan kehangatan. Deruan motosikal hanya membangkitkan tahap kerimasan kala peluh berlumba² menuju ke pinggangku. Ketiak yang basah tak ku hiraukan langsung. Jangan ada bau yang kurang menyenangkan sudah. Pasti aku direject jika beraroma kambing biri².Peluhku juga saat ini bertakung dihujung siku. Hanya menunggu titisan seterusnya untuk membiak lantas membasahi lengan bajuku.

1 jam berlalu.....

Sudah sampai giliranku. Lucky 7. Tetapi satu masalah pula timbul. "Kau atau aku?" Perselisihan faham terjadi antara kami kerana dia juga pemilik no 7. Setelah ku amati dengan terperinci, nyatalah bahwa aku telah pun silap rumah. Rumah aku sepatutnya disebelah. Mujurlah rumah aku yang sebenarnya patut aku masuk sedang memanggil. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus masuk ke rumah itu untuk bertemu dan diduga.

Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Aku telah menghadirinya dengan jaya. Masa untuk pulang kerumah Cipu untuk membantunya mengangkut barang dari seksyen 17 ke seksyen 7.
Setelah habis menolong beliau, aku meminta diri untuk pulang ke Sg. Besar.

4 ulasan:

  1. biri2=param,orang2 tgh sawah

    cipu=kawan ko,dak ganu gak kan?

    seksyen 7=sblh seksyen 6 tmpt aku duduk dlu

    lucky 7=nmpknye ko x lucky sgt,sbb dah kemaluan awal..salah pintu




    cara ko bgtahu pasal peluh ko bergerak tu sgt detail...TAHNIAH!
    smoga bjaya dgn interview ni

    BalasPadam
  2. cipu= dak klantan

    makasih tiya >:D<

    BalasPadam
  3. puitis sugguh ceritera ini~
    hehe..

    BalasPadam
  4. betul 2 TIYA, sy mmg bdk kelate...hehehe_cipuDEN

    BalasPadam

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)