uissshhh...ada lagi sawangnye....
bersih sket......
erm..... br ok....
Sedikit sambungan entri sebelum ni. Sampai di PD + - jam 11 malam. Kami menginap di Strait View Villa. Dibawah kelolaan Marina Resort. Sembang punya sembang, Soul ajak mandi kolam yang telah disediakan oleh pihak bertanggungjawab. Dengan pantas aku tukar short sambil membawa tuala dan turun ke kolam. Tanpa kesedaran jam 2.30 pg kami turun dan jam 5.30 pg kami berkubang.
Badan agak melekit, sampai di bilik....aku trus bermandian dengan air takungan untuk memastikan keselesaan. Terus aku bersiap untuk berdengkur.
Hari kedua di PD. 9 hb Mei 2009. Kedatangan Uncle(Shah) kami sambut denan muka baru bangun tido. Aktiviti hari itu dimulakan dengan sudah pastinya mandi di kolam. Setelah beberapa lama berandam sambil berkuak², perot pula terasa lapar. Kami naik ke bilik untuk bersiap ke Teluk Kemang untuk makan tgh hari. Pada masa yang sama,Ieta dan Dobot telah mengundurkan diri utk ke Pahang bagi menghadiri sebuah kenduri. Menu aku : Nasi Goreng Kg, Nescafe Ais, Lai Chi Kang, Otak². Setelah langsai hutang pada perut, kami kembali ke tempat penginapan dan masing² ingin berlayar di alam fantasi.
Pada petang itu , Leo dan Uncle berduaan telah pergi menikmati udara PD di tepi pantai. Yang lain sedang sedap diulit mimpi sehinggakan ada yang mengigau.HA HA HA. Pada malamnya, kedatangan Sem(Semali) bersama kerani beliau kami sambut dengan berpakaian kemas kerana hendak keluar menikmati makan malam. Sem tidak dapat turut serta bersama kami kerana ingin kembali ke Johor kerana ada urusan. Menu aku : Nasi Goreng Daging Merah, Nescafe Ais, SkyJuice. Selesai menjamu selera, jam menunjukkan 11.30 malam kami menuju ke pantai berhadapan Petronas untuk mandi laut. Lebih kurang 1.30 pagi, kami kembali ke tempat penginapan.
weyh let me guess...
BalasPadam"plastik bulat berisi angin"
bola kan?
dats rite my sis \:D/
BalasPadam