Isnin, 25 Mei 2009

Sepetang di INTEC 24/05/09

Aku berpeluh bagaikan baru sahaja mandi. Baju biru bertukar rupa. Terik mentari telh mengakibatkan keluarnya cecair dari tubuhku (peluh). Muka, leher (tengkuk) menjadi tempat tumpuan untuk peluhku dirembeskan. Mengalir melalui tengkuk, menyusui belakangku menuju ke pinggang. Keadaan membuatkan aku tidak selesa 90%. Angin yg bertiup sepoi² bahasa tidak dapat mengeringkan kehangatan. Deruan motosikal hanya membangkitkan tahap kerimasan kala peluh berlumba² menuju ke pinggangku. Ketiak yang basah tak ku hiraukan langsung. Jangan ada bau yang kurang menyenangkan sudah. Pasti aku direject jika beraroma kambing biri².Peluhku juga saat ini bertakung dihujung siku. Hanya menunggu titisan seterusnya untuk membiak lantas membasahi lengan bajuku.

1 jam berlalu.....

Sudah sampai giliranku. Lucky 7. Tetapi satu masalah pula timbul. "Kau atau aku?" Perselisihan faham terjadi antara kami kerana dia juga pemilik no 7. Setelah ku amati dengan terperinci, nyatalah bahwa aku telah pun silap rumah. Rumah aku sepatutnya disebelah. Mujurlah rumah aku yang sebenarnya patut aku masuk sedang memanggil. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus masuk ke rumah itu untuk bertemu dan diduga.

Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Aku telah menghadirinya dengan jaya. Masa untuk pulang kerumah Cipu untuk membantunya mengangkut barang dari seksyen 17 ke seksyen 7.
Setelah habis menolong beliau, aku meminta diri untuk pulang ke Sg. Besar.

Khamis, 21 Mei 2009

Attacks of Semut Ipoh

'Amat!!!! Jom g umah Taman Berkat, potong dahan pelam'. Mak aku mengajak untuk memotong dahan pokok pelam depan umah di Taman Berkat.

Dah lama tak panjat pokok. Kali terakhir panjat pokok masa tingkatan lima kot. Membuat pertandingan haram catatan masa terpantas ngan member sape sampai atas dulu.HA HA HA.

Tapi itu tujuh tahun yang lepas. Masihkah ada harapan untukku memanjat pokok semula dengan jayanya? Fuh!!!! Berkat kelebihan dan skills yang masih ada pada diriku ini, tak sampai seminit aku sudah berada di tempat yang sesuai untuk melakukan kerja pemotongan. Berbekalkan gergaji Pak Ngah yang mak pinjam pada awal harinya, tiga dahan yang dirasakan perlu untuk dipotong telah pon gugur ke bumi dalam masa 5 minit.

Turun sahaja dari atas. Tangan aku berdenyut². Rupanya ade 5 gigitan semut Ipoh. Tiga ditapak tangan kiri, satu di siku, dan satu lagi di tengkok. Mahu lihat ?? Semut nya lah. Bukan kesan ggtan nye.
Inilah dia rupa semut ipoh (courtesy of Pakcik GOOGLE)

Agak berdenyut juga lah akibat digigit oleh srangga trebut. Tapi masih lagi boleh tidur. Tidur itu satu kewajipan. Aku suke tidur. HE HE HE .

PD Gath~~~~3


.Posing sebelum ke Pizza Hut.



ermmm.....
kelupaan pula....
pe ek yang berlaku ??

Secara ala kadar aku ingin menyudahkan ape yg berlaku pada gath PD. Aku bangun awal pagi hari itu. Agak awal la dlm pkl 11. Tanpa membasuh muka, dengan tahi mata berselepat, aku dgn sim trun kebawah utk mandi kolam. Tak lama kemudian semuanya trun utk mandi kolam bersama. Kami mandi sehingga jam menunjukkan jm 1 tengahari. Setelah semua siap, jam menunjukkan pukul 3. Kami terus memutuskan untuk menikmati pizza sebagai hidangan tengahari (petang).
Setelah pesanan take-away siap, kami terus ke tepi pantai untuk menikmatinya ( bukanlah Pizza Hut tu terletak di tepi pantai ok!!!). Aku, Razz, Kumi, Ayie, Lyn, Leo dan Sim sama-sama menikmatinya sambil bersembang² tentang kenangan YM. Sedar tak sedar sudah jam 6, dan sudah tiba masanya untuk kami berpisah.

Kami berkumpul di hentian Nilai utk sesi bergambar .



.Kumi n Lyn, Sim terselit disitu.


.Aku.Lyn.Ayie.

.Leo.Soul.Razz.

Jumaat, 15 Mei 2009

PD Gath~~~~2

uissshhh...ada lagi sawangnye....
bersih sket......
erm..... br ok....

Sedikit sambungan entri sebelum ni. Sampai di PD + - jam 11 malam. Kami menginap di Strait View Villa. Dibawah kelolaan Marina Resort. Sembang punya sembang, Soul ajak mandi kolam yang telah disediakan oleh pihak bertanggungjawab. Dengan pantas aku tukar short sambil membawa tuala dan turun ke kolam. Tanpa kesedaran jam 2.30 pg kami turun dan jam 5.30 pg kami berkubang.

Badan agak melekit, sampai di bilik....aku trus bermandian dengan air takungan untuk memastikan keselesaan. Terus aku bersiap untuk berdengkur.

Hari kedua di PD. 9 hb Mei 2009. Kedatangan Uncle(Shah) kami sambut denan muka baru bangun tido. Aktiviti hari itu dimulakan dengan sudah pastinya mandi di kolam. Setelah beberapa lama berandam sambil berkuak², perot pula terasa lapar. Kami naik ke bilik untuk bersiap ke Teluk Kemang untuk makan tgh hari. Pada masa yang sama,Ieta dan Dobot telah mengundurkan diri utk ke Pahang bagi menghadiri sebuah kenduri. Menu aku : Nasi Goreng Kg, Nescafe Ais, Lai Chi Kang, Otak². Setelah langsai hutang pada perut, kami kembali ke tempat penginapan dan masing² ingin berlayar di alam fantasi.
.Posing sebelum melantak mengisi kekurangan.

Pada petang itu , Leo dan Uncle berduaan telah pergi menikmati udara PD di tepi pantai. Yang lain sedang sedap diulit mimpi sehinggakan ada yang mengigau.HA HA HA. Pada malamnya, kedatangan Sem(Semali) bersama kerani beliau kami sambut dengan berpakaian kemas kerana hendak keluar menikmati makan malam. Sem tidak dapat turut serta bersama kami kerana ingin kembali ke Johor kerana ada urusan. Menu aku : Nasi Goreng Daging Merah, Nescafe Ais, SkyJuice. Selesai menjamu selera, jam menunjukkan 11.30 malam kami menuju ke pantai berhadapan Petronas untuk mandi laut. Lebih kurang 1.30 pagi, kami kembali ke tempat penginapan.

.N.I.C.E.

Belum ckup lagi berkubang, kami sambung di kolam pula. Tapi kali ini tidak lewat sangat. Kerana ada pengunjung lain yang ingin menikmati kepuasan berkubang. Kami menidurkan diri tatkala jam menunjukkan jam 2.30 pagi. Kami sempat bermain plastik bulat berisi angin dalam kolam.

bersambung....

PD Gath~~~~

Bersawang agak lama blog ni.
Kemalasan menaip melanda diri.
Kami pergi gath bkan untuk berpuak.
Mengisi masa lapang dengan beraktiviti.

"Hallo Amat, kol 4 wa datang angkat sama lu" . Begitulah kata-kata Razz(lebih kurang)yang telah di'translate' ke pelat Cine baru dua bulan bertutur dalam bahasa Melayu. Tunggu punya tunggu, jam 4.30 ptg (+ -), Razz sampai dengan Beemer. Juga turut serta Leo(Dilla) dan Sim(Aidil). Tanpa membuang masa kerana tlah bersiap, aku pun terus sahaja menaiki kereta


.Dott,Kumi,Sim,Ayie,Dobot.

.Dott diselubungi asap misteri Fam sedang membaca mantera.

.Leo bersyarah dan Sim terkumat kamit.
dan menuju ke KL. Kami bergelumang dengan kesibukan kota metropolitan itu sehingga jam menunjukkan 8.00 (+ -) dan menuju ke perhentian R&R Nilai untuk bertemu Lyn(Emi) dan Soul(Arif).

Jam menunjukkan sekitar jam 9 apabila sampai di hentian Nilai. Lyn dan Soul sudah berjanggut menunggu kedatangan kami. Setelah kami sampai, tiba pula giliran untuk menanti kedatangan Kumi(Azharul), Ayie(Azry), Dobot(Fara). + - 10 malam, 9 orang, 4 biji kereta bergerak menuju ke Port Dickson Negeri Sembilan. Sampai di Port Dickson, kami bertemu dengan Ieta, Kekabu, Dott dan Fam.

bersambung....