Selasa, 28 Julai 2009

'Unfinished bussiness' rupenye....

Ermmm....
Tak dapat aku nk kembali bersama rakan2 ....
Haish!!....
Cadang nk menikmati makan malam bersama mereka ....
Tetapi apa kan daya....
Dalam enjin ada 'mercun'....

Bukan mercun sebenarnya, tapi klip spoket depan tercabut..adessss..terpaksa berpatah blik ke rumah menggunakan jalan 'dalam'..bukan dalam gua utk pengetahuan..jalan 'dalam' disini membawa maksud kite tak perlu memakai helmet kerna tanpa diduga kepala kite mendapat kekuatan yg sangat luar biasa..haha..

Dengan bunyi mercun yang mengiringi perjalanan, aku teruskan tanpa segan silu (muke blushing giler). Sampai di satu simpang , ada seorang pakcik yg sedang mengikat umpan pada jorannya. Apabila beliau melihatku, mukanya tersenyum gembira. Tetapi apabila mendengar bunyi mercun yg mengiringi aku mukanya berubah seperti beruk makan belacan. HA HA HA. Tidak ku peduli apa reaksinya kerna aku dah malu **lagi blushed**

3 mggu sebelum ni kura2 merah ku itu dilanda h1n1 mungkin. Terpaksa aku menolaknya ke bengkel untuk dirawat. Bayangkan menolak SUZUKI FX dalam jarak 8 kilometer. Mula menolak pada pukul 9 pagi dan sampai di bengkel jam 12 tgh hari. Sempat la jgk aku menikmati hot dog (halal) dan air nenas bikarbonat (KAMPAI) di stesen minyak CALTEX yang terletak diantara titik A dan titik B. HA HA HA. Jumlah semua pembaikan tu RM 350.00. Takde diskaun. Akan ku ingat muke tauke yg macam muke tauhu hancur....

Isnin, 20 Julai 2009

Haishhhh!!!!!

Camana ko leh lupe ha ??
Tak ingat ke bende tu penting??
Ko jugak yang ye(2) nk kumpul hari ni !!!!
Camana ko leh lupe ha ???

( luahan diatas ditujukan kepada diri sendiri yang sering kelupaan )

Isnin, 25 Mei 2009

Sepetang di INTEC 24/05/09

Aku berpeluh bagaikan baru sahaja mandi. Baju biru bertukar rupa. Terik mentari telh mengakibatkan keluarnya cecair dari tubuhku (peluh). Muka, leher (tengkuk) menjadi tempat tumpuan untuk peluhku dirembeskan. Mengalir melalui tengkuk, menyusui belakangku menuju ke pinggang. Keadaan membuatkan aku tidak selesa 90%. Angin yg bertiup sepoi² bahasa tidak dapat mengeringkan kehangatan. Deruan motosikal hanya membangkitkan tahap kerimasan kala peluh berlumba² menuju ke pinggangku. Ketiak yang basah tak ku hiraukan langsung. Jangan ada bau yang kurang menyenangkan sudah. Pasti aku direject jika beraroma kambing biri².Peluhku juga saat ini bertakung dihujung siku. Hanya menunggu titisan seterusnya untuk membiak lantas membasahi lengan bajuku.

1 jam berlalu.....

Sudah sampai giliranku. Lucky 7. Tetapi satu masalah pula timbul. "Kau atau aku?" Perselisihan faham terjadi antara kami kerana dia juga pemilik no 7. Setelah ku amati dengan terperinci, nyatalah bahwa aku telah pun silap rumah. Rumah aku sepatutnya disebelah. Mujurlah rumah aku yang sebenarnya patut aku masuk sedang memanggil. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus masuk ke rumah itu untuk bertemu dan diduga.

Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Aku telah menghadirinya dengan jaya. Masa untuk pulang kerumah Cipu untuk membantunya mengangkut barang dari seksyen 17 ke seksyen 7.
Setelah habis menolong beliau, aku meminta diri untuk pulang ke Sg. Besar.

Khamis, 21 Mei 2009

Attacks of Semut Ipoh

'Amat!!!! Jom g umah Taman Berkat, potong dahan pelam'. Mak aku mengajak untuk memotong dahan pokok pelam depan umah di Taman Berkat.

Dah lama tak panjat pokok. Kali terakhir panjat pokok masa tingkatan lima kot. Membuat pertandingan haram catatan masa terpantas ngan member sape sampai atas dulu.HA HA HA.

Tapi itu tujuh tahun yang lepas. Masihkah ada harapan untukku memanjat pokok semula dengan jayanya? Fuh!!!! Berkat kelebihan dan skills yang masih ada pada diriku ini, tak sampai seminit aku sudah berada di tempat yang sesuai untuk melakukan kerja pemotongan. Berbekalkan gergaji Pak Ngah yang mak pinjam pada awal harinya, tiga dahan yang dirasakan perlu untuk dipotong telah pon gugur ke bumi dalam masa 5 minit.

Turun sahaja dari atas. Tangan aku berdenyut². Rupanya ade 5 gigitan semut Ipoh. Tiga ditapak tangan kiri, satu di siku, dan satu lagi di tengkok. Mahu lihat ?? Semut nya lah. Bukan kesan ggtan nye.
Inilah dia rupa semut ipoh (courtesy of Pakcik GOOGLE)

Agak berdenyut juga lah akibat digigit oleh srangga trebut. Tapi masih lagi boleh tidur. Tidur itu satu kewajipan. Aku suke tidur. HE HE HE .

PD Gath~~~~3


.Posing sebelum ke Pizza Hut.



ermmm.....
kelupaan pula....
pe ek yang berlaku ??

Secara ala kadar aku ingin menyudahkan ape yg berlaku pada gath PD. Aku bangun awal pagi hari itu. Agak awal la dlm pkl 11. Tanpa membasuh muka, dengan tahi mata berselepat, aku dgn sim trun kebawah utk mandi kolam. Tak lama kemudian semuanya trun utk mandi kolam bersama. Kami mandi sehingga jam menunjukkan jm 1 tengahari. Setelah semua siap, jam menunjukkan pukul 3. Kami terus memutuskan untuk menikmati pizza sebagai hidangan tengahari (petang).
Setelah pesanan take-away siap, kami terus ke tepi pantai untuk menikmatinya ( bukanlah Pizza Hut tu terletak di tepi pantai ok!!!). Aku, Razz, Kumi, Ayie, Lyn, Leo dan Sim sama-sama menikmatinya sambil bersembang² tentang kenangan YM. Sedar tak sedar sudah jam 6, dan sudah tiba masanya untuk kami berpisah.

Kami berkumpul di hentian Nilai utk sesi bergambar .



.Kumi n Lyn, Sim terselit disitu.


.Aku.Lyn.Ayie.

.Leo.Soul.Razz.