Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Selasa, 12 Oktober 2010

Lama sudah...

Assalamualaikm kepada para pembaca jika ada :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Lama sudah aku tak menjenguk kesini .... agak bersawang juga la kan ( ayat ni selalu aku baca tatkala blogwalking)

Untuk pengetahuan semua terutamanya yang tidak tahu , sekarang aku berada di Bintulu Sarawak selepas selamat diposting kan kesini pada 27 hb 9 yang lepas.

Surat cinta dari KPM aku terima dipertengahan bulan ibadat umat Islam (Ramadhan). Pada 27 hb aku diminta untuk melaporkan diri di Hotel Empress, Sepang. Aku adalah diantara 5 orang graduan DPLI (UiTM) yang ditempatkan dikepulauan Borneo ini. Aku, Wan jawe, Azman, Wan Joe dan Ezz...

Khamis, 17 Jun 2010

Syukran2....

Bismillahirrahmanirrahim~~~

Syukur ke hadrat Illahi kerna telah mengurniakan rezki keatas diriku ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibunda ku yg ku hormati dan ku sayangi kerana tidak pernah berputus asa terhadap anakandamu inijuga kepada ahli keluarga yang memberi bantuan tak kire dalam bentuk apa pun, terima kasih ku ucapkan, Jasa kalian pasti akan ku balas walau dengan apa cara sekalipun.

DPLI result

Bile melihat tulisan dalam kotak merah tu , aku rase sungguh berbaloi ......Semua yg telah aku bazirkan korbankan selama ini membuahkan hasil :D Dengan ini aku secara rasminya mendapat title PENDIDIK@CIKGU@GURU dan sekarang hanya menanti .... menanti sesuatu yg pasti ....

Alhamdulillah.....

p/s : tak pasti keputusan ni sah atau tak kerana diambil 'student portal'

Isnin, 1 Mac 2010

layout br .....

aku dah busan aku dah busan aku da busannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....
aku da busan menatap biru je .......
reminds me of sumthing n sum1 .....
kaler putih tgkkkkk..... agak suci la kan .... hehehehe
untuk pengetahuan semua .... kura2 itam da kembali normal ...
tak perlu mandi peluh ketika ke sekolah ....
hehehehe....

ade lak aku leh pakai bj cotton...
basah lencun aku sampai disekolah...
lantas tidak aku hadiri perhimpunan ....
hehehehe...
Selamat bersuka ria :D

Ahad, 21 Februari 2010

Dia buat lagi !!!!~~~~~ :|(














Saham jatuh mendadak lagi .... ermmm.... kurakura ( klik sini nk kenal kura2 ) wat hal :) seperti biasa hari ahad ... tau aje die nk wat hal mesti kedai totop ... alangkah sedihnya hatiku ..parap .. parap.. ku ingatkan di PP saje aku terpakse menolak. Sampai di Banting ni pon sama juga... haishhh.... kalo dikumpol bayaran tu mesti leh angkat kura2 baru .. hehehe .... Apekan daya .... kura2 ni pon pemberian org ... syukur2 ... Alhamdulillah ... so rakan2... marilah kite menapak ke sekolah ek esok .... saya praktikal disini...

Jumaat, 4 September 2009

Tersisih dinegara sendiri~~~!!!

arghhhh...mahu cepat ni...nnt ketinggalan bas....sedang aku ingin mendekati bas tersebut , datang satu negara membawa bala tentera. aku terpaksa berlawan kepantasan bersama mereka. tetapi kudrat ku hanya yang termampu... lantas satu negara bangla telah menghancurkan harapanku untuk pulang...tersisih dinegara sendiri...

(diceritakan kembali kepada penulis)

unwritten memory~~~!!!

Hari ni 27.06.09
saya berasa sangat bengang ...
moto sudah tidak mahu hidup...
da repair kate tauke tu...
tapi mengapa masih masalah yg sama...
adakah kepala aku sudah basah...
hari ni lak sabtu...
adessss....
esok ade ke kedai yg bukak??

Selasa, 28 Julai 2009

'Unfinished bussiness' rupenye....

Ermmm....
Tak dapat aku nk kembali bersama rakan2 ....
Haish!!....
Cadang nk menikmati makan malam bersama mereka ....
Tetapi apa kan daya....
Dalam enjin ada 'mercun'....

Bukan mercun sebenarnya, tapi klip spoket depan tercabut..adessss..terpaksa berpatah blik ke rumah menggunakan jalan 'dalam'..bukan dalam gua utk pengetahuan..jalan 'dalam' disini membawa maksud kite tak perlu memakai helmet kerna tanpa diduga kepala kite mendapat kekuatan yg sangat luar biasa..haha..

Dengan bunyi mercun yang mengiringi perjalanan, aku teruskan tanpa segan silu (muke blushing giler). Sampai di satu simpang , ada seorang pakcik yg sedang mengikat umpan pada jorannya. Apabila beliau melihatku, mukanya tersenyum gembira. Tetapi apabila mendengar bunyi mercun yg mengiringi aku mukanya berubah seperti beruk makan belacan. HA HA HA. Tidak ku peduli apa reaksinya kerna aku dah malu **lagi blushed**

3 mggu sebelum ni kura2 merah ku itu dilanda h1n1 mungkin. Terpaksa aku menolaknya ke bengkel untuk dirawat. Bayangkan menolak SUZUKI FX dalam jarak 8 kilometer. Mula menolak pada pukul 9 pagi dan sampai di bengkel jam 12 tgh hari. Sempat la jgk aku menikmati hot dog (halal) dan air nenas bikarbonat (KAMPAI) di stesen minyak CALTEX yang terletak diantara titik A dan titik B. HA HA HA. Jumlah semua pembaikan tu RM 350.00. Takde diskaun. Akan ku ingat muke tauke yg macam muke tauhu hancur....

Isnin, 20 Julai 2009

Haishhhh!!!!!

Camana ko leh lupe ha ??
Tak ingat ke bende tu penting??
Ko jugak yang ye(2) nk kumpul hari ni !!!!
Camana ko leh lupe ha ???

( luahan diatas ditujukan kepada diri sendiri yang sering kelupaan )

Isnin, 25 Mei 2009

Sepetang di INTEC 24/05/09

Aku berpeluh bagaikan baru sahaja mandi. Baju biru bertukar rupa. Terik mentari telh mengakibatkan keluarnya cecair dari tubuhku (peluh). Muka, leher (tengkuk) menjadi tempat tumpuan untuk peluhku dirembeskan. Mengalir melalui tengkuk, menyusui belakangku menuju ke pinggang. Keadaan membuatkan aku tidak selesa 90%. Angin yg bertiup sepoi² bahasa tidak dapat mengeringkan kehangatan. Deruan motosikal hanya membangkitkan tahap kerimasan kala peluh berlumba² menuju ke pinggangku. Ketiak yang basah tak ku hiraukan langsung. Jangan ada bau yang kurang menyenangkan sudah. Pasti aku direject jika beraroma kambing biri².Peluhku juga saat ini bertakung dihujung siku. Hanya menunggu titisan seterusnya untuk membiak lantas membasahi lengan bajuku.

1 jam berlalu.....

Sudah sampai giliranku. Lucky 7. Tetapi satu masalah pula timbul. "Kau atau aku?" Perselisihan faham terjadi antara kami kerana dia juga pemilik no 7. Setelah ku amati dengan terperinci, nyatalah bahwa aku telah pun silap rumah. Rumah aku sepatutnya disebelah. Mujurlah rumah aku yang sebenarnya patut aku masuk sedang memanggil. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus masuk ke rumah itu untuk bertemu dan diduga.

Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Aku telah menghadirinya dengan jaya. Masa untuk pulang kerumah Cipu untuk membantunya mengangkut barang dari seksyen 17 ke seksyen 7.
Setelah habis menolong beliau, aku meminta diri untuk pulang ke Sg. Besar.

Jumaat, 13 Mac 2009

Angin Malam = B O X E R

Najmi : Mat, nnt ko teman aku ye pergi ke Tg. Malim.
Aku : Baik, pukul berapa nak datang??
Najmi : Dalam kol 8.30 (malam) aku tepon.
Aku : Berita diterima, over! :D

Tepat jam 8.45, Najmi sampai di hadapan rumahku dengan AVANZA biru.

Amat : Singgah kedai nyonya tu Wan. Mahu beli stock.
Najmi : Baik. Saya pun mahu juga.

8.50 bertolak ke Tg. Malim. Sampai di traffic light ke dua di Sg Hj Dorani, kereta dibelokkan ke kiri memasuki jalan alternatif ke Tg. Malim. Dalam perjalanan, Wan bercerita tentang cerita Mr Bean ( Mr. Bean Holiday <<< WAJIB TONTON). Maka al- kisah. Sang kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun. Eh² silap pula, maka bermulalah penceritaan beliau menenai jalan cerita tersebut. Banyak yang dikupaskan dalam jalan cerita itu. Sambil melalui jalan yang 'berombak', Wan ngan penuh minat menceritakannya kepada ku. Kerana perjalanan jauh, aku mendengar penceritaannya dengan penuh minat.

Tujuan Wan ke Tg. Malim, beliau ingin berjumpa Angahnya untuk mengambil geran rumah. Sampai di WARISAN Avenue, kami berhenti mencekik sebentar di warung mamak.

Najmi : Hape ke fesyen mamat nih ??
Aku : (Sambil menoleh kebelakang) HA HA HA. Tak takut kene gigit nyamuk ke?
Najmi : Kalau di hostel tidak mengapa juga.
Aku : Dia mesti kuat berpeluh di bahagian kaki.

:mHaha::mHurm::mGelak::mGuilty::mJahat::mThinking:

Sabtu, 7 Mac 2009

Huargggghhhh!!!

Kak A'a:Nanti fetch akak di klinik desa. Pukul 5 pg.
Aku : Klinik Desa ?? di mana tu?
Kak A'a : Disebelah Tonggak Sepuluh.

(Pkl 4..05 pagi) Telefon..... Telefon berbunyi..(WonderPets). Aku terkejut:Monkey09:, tapi aku buat selamber (tabiat).

Mak : Mat, bangun. Akak da tepon tu (berlarutan selama 10 minit)
Aku : Ya....

4.15 pagi aku terus bangun, cuci muka:Monkey16:, naik atas pakai baju, capai kunci, turun bawah, buka pintu, buka pintu (kereta), cucuk kunci, pulas (hidupkan enjin(bukan bagi nyawa), buka pagar.. brebebebek......(undur kereta(enjin tak panas)), brombob bob bob.. , menuju ke perhentian bas di desa, akak loading masuk barang ( beg kertas sebiji(sesuai ke sebiji)), dengan dia² turut masuk, vrooomvom vom.., menuju rumah, singah sebentar di 7E, beli barang, menuju rumah, parking, tidur.:Monkey30:

4.59 pagi

Mata tak mahu lelap, bangun, masuk bilik, ketik suis komputer, menaip blog.

Masa fetch kak A'a tadi, aku terkenang akan situasi yang sama terjadi pada diriku di Kota Bharu. Naik bas pukul 8.30 malam di Teluk Intan (bustop lama) dan sampai di Kota Bharu pukul 4.00 pagi ( lebih kurang). Kalau aku ada duit lebih, aku mengambil teksi untuk ke Machang. Tapi kebiasaanya, aku lepak sebentar di bustop tersebut dan menanti kehadiran bas 'loncat'(bas tabung) pada pukul 7.00 pagi ( paling lewat 7.30). Aktiviti yang aku lakukan untuk mengisi masa yang terluang ialah dengan memejam mata (tidur):Monkey30:.




Nak sambung tidur.:Monkey30:

Khamis, 26 Februari 2009

Apakah itu 'BLOG'

Selamat pagi.
Dah lama tak kemaskini 'blog' ini.
Ramai diantara kawan-kawanku bertanya apakah itu 'blog'?
Entri ini bertujuan untuk memberi kefahaman apakah yang dimasudkan dengan 'BLOG'.

Tonton rakaman dibawah :-

Ahad, 8 Februari 2009

Kura² merah dilanda demam

Selamat petang...

Petang hari Jumaat yang membuatkan kondisi ku kurang baik. Kura² merah dilanda demam yang agak kronik. terbantut perancangan ke PD bersama teman². Pagi td tukar kabel minyak yang sudah separuh dekat. Mahu menukar gasket eksoz tetapi diarahkan datang pada esok hari kerana hari ini sekerat hari. Bersiap-siap untuk berangkat ke Shah Alam sehingga jam satu. Satu suku menghidupkan enjin motor dan terus memulakan perjalanan ke Shah Alam. Belum sampai setengah perjalanan, enjin mati secara tiba². Pulasan minyak tidak memberikan sebarang kesan yang menandakan kura² merah dalam kondisi yang baik. Untung kedai motor berdekatan untuk melihat apakah kekurangan.

" U punya itu, ini maybe ala ploblem. Mahu bikin ka tamau??" Pelat taukeh berbahasa Melayu. "Berapa harga mau kasi baik??" Pelat aku kerna terikut akan pelatnya. " Mahal wo!!!!! itu saja sulah 2 ratut lebeyh, tambah in 1 latut lebeyh wo...." Pelat taukeh menjawab persoalan ku tadi. Setelah congakan menghasilkan keputusan, aku memuktamadkanya untuk meninggalkan kura² merah selama sehari di premis itu.

Ku tahan godaan:Rabbit39:Ku semai sisa ke'macho'an:Rabbit35:


dengan mengambil perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke Sg. Besar. Tak disangka harga tiket naik dari RM 1.00 kepada RM 3.20. Agak lama juga aku tak menggunakan perkhidmatan ini ya..


Isnin, 26 Januari 2009

JOHORIANSSSSSS!!!!!!!! Part 2

erm....
sambungan kepada post sebelum ni..

sampai umah Uteh....kami berehat2 dan bermalam disana. keesokan harinya sudah tiba masa untuk ke Wet World , Kota Tinggi. Masa di tingkatan 5 dahulu kebiasaannya pada cuti sekolah aku akan ke rumah Uteh. dn kehadiran aku kesini mengimbau kembali kenangan dahulu.erm...mereka inilah diantara pungunjung Wet World tersebut..hehe.. Tepat pada pukul dua, kami siap bermandian. Dan selepas itu kami berangkat ke tempat untuk bershopping. Justeru untuk membeli dan memenuhi keperluan kak A'a untuk menyambung pengajiannya.

bersambung.....

Ahad, 25 Januari 2009

JOHORIANSSS!!!!!

Assalamualaikum W.B.T

aku kembali menaip setalah lama tidak mengemas kini ....
diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya ...
hehehehe

12 hb Januari yg lalu , kak a'a menerima tawaran utk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perguruan ( pendidikan khas). lebih tepat lagi menjadi guru untuk bebudak yang lems...huhuhuhu..
beliau mendapat sponsor lappy sebijik yg ditawarkan oleh kak Tul yg berjenama DELL. ( dapat gaji nnt byr blik )

9 haribulan Januari kami sekeluarga ( mak, kak A'a , aku ) berangkat ke rumah kak Rose di Kajang. tido disana semalam . dan pada keesokan harinya abg Dzul dan kak Tul sampai. Kami (mak, abg Dzul, kak Rose sekeluarga, kak Tul kak A'a dan aku) berangkat ke JOHOR. Dengan menaiki pacuan empat roda empunya Kak Tul dan Abg Dzul, kami menuju ke Kota Tinggi (Uteh's Family) tepat pada jam 2.00 ptg.

lebih kurang jam 7 sampai. kedatangan kami dsambut oleh mak Uteh yg sedang beristirehat. Pak Uteh brada di luar. Along Iza dan Uda Qiela ke kedai.

bersambung....