Khamis, 21 Mei 2009

Attacks of Semut Ipoh

'Amat!!!! Jom g umah Taman Berkat, potong dahan pelam'. Mak aku mengajak untuk memotong dahan pokok pelam depan umah di Taman Berkat.

Dah lama tak panjat pokok. Kali terakhir panjat pokok masa tingkatan lima kot. Membuat pertandingan haram catatan masa terpantas ngan member sape sampai atas dulu.HA HA HA.

Tapi itu tujuh tahun yang lepas. Masihkah ada harapan untukku memanjat pokok semula dengan jayanya? Fuh!!!! Berkat kelebihan dan skills yang masih ada pada diriku ini, tak sampai seminit aku sudah berada di tempat yang sesuai untuk melakukan kerja pemotongan. Berbekalkan gergaji Pak Ngah yang mak pinjam pada awal harinya, tiga dahan yang dirasakan perlu untuk dipotong telah pon gugur ke bumi dalam masa 5 minit.

Turun sahaja dari atas. Tangan aku berdenyut². Rupanya ade 5 gigitan semut Ipoh. Tiga ditapak tangan kiri, satu di siku, dan satu lagi di tengkok. Mahu lihat ?? Semut nya lah. Bukan kesan ggtan nye.
Inilah dia rupa semut ipoh (courtesy of Pakcik GOOGLE)

Agak berdenyut juga lah akibat digigit oleh srangga trebut. Tapi masih lagi boleh tidur. Tidur itu satu kewajipan. Aku suke tidur. HE HE HE .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)