Memaparkan catatan dengan label masa lapang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masa lapang. Papar semua catatan

Isnin, 5 Julai 2010

Edisi tak puas hati~~


(ihsan Pakcik Gugel)

Bismillahirrahmanirrahim~~

Lu ni kan kan kan ... bikin wa panas je kan kan kan... lu nk bahan org ikut sedap mulut lu je kan kan kan ... wa tak kesah kalau lu nk bahan wa ... wa terima ngan hati terbuka... tapi bile wa bahan lu balek lu marah... cam nk cari gadoh je ..... seb bek lu jaoh .... kalau lu dekat wa pi jumpe lu kan kan kan ... wa titik titik je jari jemari lu.... lu ingat lu da cukup bagus ke ??? kalau lu ingat lu bagus kan kan kan .... pasti ade yang lebih bagus dari lu la .... kalau inai disapu di jari .... wa calit taik idung kat dahi lu .... walaweh ... lu ni kan kan kan .... bikin wa panas je kan kan kan ... lu dengar sini...
berapa dalam laut Inggeris,
wa berani menebar jala,
berapa dalam tikaman keris,
wa berani menahan dada...
Pantang anak Melayu mengundur dirinya pun...
patah atap kerana buluh,
atap dijalin dengan tali,
patah sayap bertongkat paruh,
namun berundur tidak sekali...
Lu ni kan ..... tak mengukur baju dibadan sendiri... kan kan kan .... sekali wa ketis, berderai tulang rusuk lu .... dengarkan ini wahai lu...
bukan dedak sebarang dedak,
dedak seberang laut jati,
bukan budak sebarang budak,
ini budak berani mati...
Kalau lu berani lu sini datang la .... lu ingat wa takut ??
anak kuda mati direjam,
mati terlentang ditepi padang,
memang ada senjata tajam,
wa tggu apa yang datang...

Kisah diatas aku olah setelah membaca Pelita Bahasa keluaran DBP. Artikel yang bertajuk 'Nilai Keberanian dalam Pantun Melayu' oleh Mohd AsifMohd Alwi

Khamis, 21 Mei 2009

Attacks of Semut Ipoh

'Amat!!!! Jom g umah Taman Berkat, potong dahan pelam'. Mak aku mengajak untuk memotong dahan pokok pelam depan umah di Taman Berkat.

Dah lama tak panjat pokok. Kali terakhir panjat pokok masa tingkatan lima kot. Membuat pertandingan haram catatan masa terpantas ngan member sape sampai atas dulu.HA HA HA.

Tapi itu tujuh tahun yang lepas. Masihkah ada harapan untukku memanjat pokok semula dengan jayanya? Fuh!!!! Berkat kelebihan dan skills yang masih ada pada diriku ini, tak sampai seminit aku sudah berada di tempat yang sesuai untuk melakukan kerja pemotongan. Berbekalkan gergaji Pak Ngah yang mak pinjam pada awal harinya, tiga dahan yang dirasakan perlu untuk dipotong telah pon gugur ke bumi dalam masa 5 minit.

Turun sahaja dari atas. Tangan aku berdenyut². Rupanya ade 5 gigitan semut Ipoh. Tiga ditapak tangan kiri, satu di siku, dan satu lagi di tengkok. Mahu lihat ?? Semut nya lah. Bukan kesan ggtan nye.
Inilah dia rupa semut ipoh (courtesy of Pakcik GOOGLE)

Agak berdenyut juga lah akibat digigit oleh srangga trebut. Tapi masih lagi boleh tidur. Tidur itu satu kewajipan. Aku suke tidur. HE HE HE .

Sabtu, 25 April 2009

DORAEMON SI KUCING BIRU

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku amat taksub dengan gambar2 si kucing biru. Aku telah sedaya upaya mencari kertas dinding mengenai si kucing biru ini. Diantaranya ialah :


>>>DOWNLOAD BUNDLE HERE<<<

p/s : cedokan

Khamis, 23 April 2009

BUNKFACE-MUKABANGKU



Cedokkan...HA HA HA 3

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG

kuang...kuang. .kuang...

Cedokkan...HA HA HA 2

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

Cedokkan...HA HA HA

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !

Rabu, 22 April 2009

Lepak sini je slalu

Macam ada disini .....

Klik sini untuk mengujungi.

Jika berminat bolehlah mendaftar.

Isnin, 20 April 2009

Lagu Peberet...ngehehehe

Lirik Lagu : Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo
>>> DOWNLOAD DI SINI<<<

Rabu, 15 April 2009

Kucing Biru yang Shumell 2


Tanpa melengahkan masa, aku terus upload hasil manipulasi gambar-gambar kucing biru yang comel dan inilah hasilnya.

Khamis, 19 Februari 2009

Another Reconstruction----2

:White35: (Emoticons bertukar)

Selamat malam kepada yang melawati kura² naga². Aku mahu lagi berkongsi hasil pengisian masa lapang ku dengan kamu semua. Hasilnya seperti dibawah.

Model : Dayang Hamiza

Model : Emilia

Model : Shima

Model : Ezzatul Syahidah


Bagaimana:White02: ?? Adakah cantik atau tidak ?? ( Peduli ape kalau kamu kata tak cantik!! - Ally:White01:)

Another Reconstruction

:Rabbit08:Arigato gozaimasu... Zhongwu hao... Selamat tengahari......

Jintian, wo bu zhidao .... susah pula nak berbahasa Mandarin.... HA HA HA.... Hari ni nak kongsi dengan anda semua gambar² yang telah mengalami bina semula...



Model : Aku
Lokasi : Fakulti Sains Gunaan (sains guna³..wakaka)
Waktu : Lepas istiadat konvokesyen


Model : Aku
Lokasi : Galeri TNZ (Golden Lounge)
Waktu : Lepas istiadat konvokesyen



Model : Aku
Lokasi : Pantai Sungai Limau
Waktu : Petang² tdak

Model : Aku
Lokasi : Taman Cahaya Seri ALAM
Waktu : Bersalji ( di Malaysia??)

Saja aku nak berkongsi minat disini. Sesiapa yang mempunyai minat dengan aku, kita boleh berkongsi sedikit sbanyak pengetahuan....Adios amigos....Zaijian wo de pengyou....:Rabbit28:


Menuju bintang gemilang cahaya.....nananana...nananana:Rabbit49:

Rabu, 18 Februari 2009

Masa Lapang~~~ Pengisian ....

Aku sorang yang suka edit gambar...:Rabbit25:
Walaupun gambar tu dah cantik, aku nk edit jugak. ( suka hati aku lah kan ):Rabbit05:

:Rabbit30:lihatlah sendiri hasil edited pictures....:Rabbit32:

Model : Adzrul Adzreen & Lyn

Model : Fida & Shelly

Model : Najmi & Pawie

Model : Nor Asyiha

Gambar diatas adalah diantara yang ku edit. Diatas permintaaan kawan2, aku sanggup untuk melakukannya secara percuma (kalau nk bayar tiada yang melarang).:Rabbit29: