Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Isnin, 26 Januari 2009

JOHORIANSSSSSS!!!!!!!! Part 2

erm....
sambungan kepada post sebelum ni..

sampai umah Uteh....kami berehat2 dan bermalam disana. keesokan harinya sudah tiba masa untuk ke Wet World , Kota Tinggi. Masa di tingkatan 5 dahulu kebiasaannya pada cuti sekolah aku akan ke rumah Uteh. dn kehadiran aku kesini mengimbau kembali kenangan dahulu.erm...mereka inilah diantara pungunjung Wet World tersebut..hehe.. Tepat pada pukul dua, kami siap bermandian. Dan selepas itu kami berangkat ke tempat untuk bershopping. Justeru untuk membeli dan memenuhi keperluan kak A'a untuk menyambung pengajiannya.

bersambung.....

Ahad, 25 Januari 2009

JOHORIANSSS!!!!!

Assalamualaikum W.B.T

aku kembali menaip setalah lama tidak mengemas kini ....
diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya ...
hehehehe

12 hb Januari yg lalu , kak a'a menerima tawaran utk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perguruan ( pendidikan khas). lebih tepat lagi menjadi guru untuk bebudak yang lems...huhuhuhu..
beliau mendapat sponsor lappy sebijik yg ditawarkan oleh kak Tul yg berjenama DELL. ( dapat gaji nnt byr blik )

9 haribulan Januari kami sekeluarga ( mak, kak A'a , aku ) berangkat ke rumah kak Rose di Kajang. tido disana semalam . dan pada keesokan harinya abg Dzul dan kak Tul sampai. Kami (mak, abg Dzul, kak Rose sekeluarga, kak Tul kak A'a dan aku) berangkat ke JOHOR. Dengan menaiki pacuan empat roda empunya Kak Tul dan Abg Dzul, kami menuju ke Kota Tinggi (Uteh's Family) tepat pada jam 2.00 ptg.

lebih kurang jam 7 sampai. kedatangan kami dsambut oleh mak Uteh yg sedang beristirehat. Pak Uteh brada di luar. Along Iza dan Uda Qiela ke kedai.

bersambung....

Khamis, 18 Disember 2008

19-12-2008


Assalamualaikum to all readers (kalau ada)

Petang Ahad yang lepas aku bertolak ke rumah kak Rose di Kajang. Lingkungan 1430 hours. Sepatutnya sampai lingkungan 1730 hours, tapi kerana terlepas simpang makanya terlewat satu jam lebih kurang. Sampai ke Kota Kemuning, patah balik. Dengan itu tol yang tidak bersangkutan pun terpaksa dibayar.

Imran, anak kak Rose menampakkan keadaannya yang semakin beransur pulih. Nisa pula yang berjangkit. Tetapi tahapnya masih boleh dikawal.

Semalam, merupakan hari yang bermakna bagi aku. Kerana pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke ALAMANDA@PUTRAJAYA. Hahahahaha. Shopping kompleks yg tak 'complex' . Di sana, kami ( mak,kak Raha, kak Rose, Imran) telah menonton wayang . LOS&FAUN.Satu lagi cerita Melayu yang aku tonton. telah melengkapkan jumlah filem Melayu kepada 4 buah filem yang telah ku tonton. Akan tetapi, filem tersebut tidaklah menyengat mana (bagi aku). Jalan penceritaannya so simple. Aku lebih berminat terhadap filem Afdlin Shauki bertajuk 'SEPI'. Jalan cerita SEPI lebih kompleks dan bagi aku ianya mencabar akal.

Berkenaan dengan tarikh diatas. Sampai rumah Sg Besar petang td. Dalam lingkungan 1700 hours. Selepas bertolak dari rumah kak Rose, 1130 hours, singgah pula ke rumah Pak Lang Ahmad. Tapi Pak Lang dah keluar dan Mak Lang berada di rumah lamanya. Yang tinggal hanyalah sepupu aku ( tak mention nama sebab lupe). Lepas tu bertolak pula ke Banting. Menjenguk Mak Andak Jenah. Sempat juga la meninjau tanah kepunyaan Wan Kamariah. Dan tanah yang diusahakan oleh Ucu Azhari dengan menanam serai. Bak kata orang, 'berbudi pada tanah' .