hari ini 2o hb 6 tahun 2008. adalah tarikh aku membuat blog aku sendiri. tercetusnya idea ini adalah kerana pengaruh dari rakan-rakan ku..hehehe..first time aku tau blog ni mase aku study dulu..Friendster. memainkan peranan dalam kehidupan pelajar2 u. pastu myspace lak.. dari ctu aku tau ade blog2 nih..maknanya boleh kubaca kerana sebelum ini aku hanya mendengar perkataan blog itu keluar dr mulut2 rakan ku sendiri sj..pastu time amik degree kat shalam aka shah alam.en badrolhisham tahir introduce kn.. sebelum tu aku tau sekadar dengar2 n tahu menahu hal pasal blog2 nih...bak kata orang hanya pada nama..tp lepas en bad inform tu, terdetik di hati ku untuk mengetahui secara lanjutnya apakah terkandung dalam blog2 ini..
mula2 kat friendster..aku klik kat perkataan CREATE BLOG POST..cis, ader problem pulak...lantas aku klik kat perkataan HOME..ternyata pilihan aku tepat kerana di situlah ada link untuk menaip blog.. justeru aku fikirkan apakah yang hendak aku tulis???..seribu tanda tanya bermain difikiranku..mencari isi yang akan kumadahkan..kerana aku kehilangan telefon bimbit..timbul difikiran aku untuk meluahkan perasaanku dan sebagai pemberitahuan..tanpa banyak keraguan aku pun menaip satu persatu perkataan yang terlintas difikiran lalu menghasilkan luahan dalaman..lalu ku klik pada perkataan SAVE yang akan menerbitkan blog pertama yang telah aku tulis di halaman friendster aku..selepas aku memasuki kembali halaman friendster aku mendapati bahawa blog PERTAMA yang aku hasilkan telah tepapar dibahagian yang dimaksudkan..
setelah blog pertama tersebut aku hasilkan..telah banyak content lain yang telah aku tambah di halaman friendster itu..sehingga ke hari ini..sudah ada 15 karangan yang telah aku taip bg memenuhi kawasan blog aku itu..kandungannya sudah tentu luahan perasaan hasil dari masalah kehidupan juga senikata senikata lagu2 yang aku gemari..kalu nk tahu lagu apa lawatlah sendiri..juga ada diantara nya bukan senikata tetapi lebih kepada luahan isi hati aku yang tidak mahu aku kongsikan bersama kalian..bak kata orang2 veteran..pandai makan pandai simpan..ada juga salah satunya idea melawak yg tercetus akibat menonton KL MENJERIT..
seterusnya, aku teringin melihat apakah yang ditaip oleh rakan-rakanku di dalam blog mereka. insan pertama yang bertuah ku baca blognya ialah HARIS ABADI.. beliau ialah seorang rakan yang berasal dari kelantan juga teman seperjuanganku yang sama2 tamat pengajian di UiTM...blog-blog beliau lebih mengisarkan tentang pengalaman dan juga pendapat beliau mengenai perkara-perkara didalam dunia ini..aku akan menjadikan blog beliau sebagai rujukan dalam aku mengisi blog ku sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)