Isnin, 30 Mac 2009

Kolej MASA

Kolej MASA

Tawaran untuk sambung belajar kepada freshies SPM.

Kepada yang berminat,
bolehlah kiranya dengan senang hati melawat laman yang ini >>> Kolej MASA <<<
Kolej ini terletak di Pusat Pedagangan Puchong Prima, Puchong, Selangor D.E. Diantara Kursus yang ditawarkan ialah :

Syarat-syarat memohon:

  • 3 kredit SPM/ SPMV/ O-Levels
  • 2 Bs Senior Middle III (UEC)
  • Sijil dari mana-mana institut kerajaan dengan minima CGPA 2.oo (Politeknik, Institut Kemahiran MARA) .
  • Sijil dai mana-mana Institut Pengajian Tinggi Swasta (disahkan JPS/ LAN ) dengan minima CGPA 2.00.
  • 5 ckredit SPM/ SPMV termasuk Bahasa Melayu dan Matematik & 3 kredit SPM (hanya untuk program UTM sahaja)

Kolej ini juga ada menawarkan kursus pada peringkat sijil di fakulti-fakulti tersebut.
Mahu melihat galeri gambar di Kolej MASA ?? Sila klik di sini >>> Galeri Foto <<<

Pendartaran ialah RM 2,000. Tawaran istimewa untuk anak jati Selangor, bantuan kerajaan negeri sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada pendaftar sebelum 14 April 2009.

Untuk keterangan lanjut, hubungi :

Nurul M. Johar

014-2260882 atau
016-2710810

(referer Amat Sg.Besar)

Rabu, 25 Mac 2009

Semoga sampai ke jinjang pelamin

Kembali bertemu dalam agenda ku agenda mu....

Kepada rakan ku Haris Abadi bin Hj Abdul Rahim dan Intan Syuhada ku ucapkan tahniah kerana telah mengikat tali pertunangan pada 21/3/2009 yang lalu. Aku terima (baca) berita yang menggembirakan ini pun dari salah seorang abang MACHO kami iaitu JOGHO di entrinya yang ini. Aku dapat pautan ke entrinya itu melalui rakan kami yang rabun iaitu CIPU.

Semasa aku nk post komen terhadap entri Yan yang ini, aku telah diajukan dengan captcha seperti dibawah :



'PERAKED'. Adakah ianya satu petunjuk? Atau sekadar kebetulan? Biar aku saja yang fikir. Para pembaca tidak perlu mengusutkan otak dengan persoalan ini. Yang Perak itu semestinya kamu !!!!
:Monkey41:

p/s : penambahan ed selepas satu-satu kata kerja dalam bahasa Inggeris merujuk kepada
kata kerja yang dimaksudkan itu sudah pun dilakukan. (betul ker penyataanku ini?)

cth : Kissed - telah dicium.

Isnin, 16 Mac 2009

Batik Gulf - Final Part

Pada jam 0400 ( lebih kurang) Roll mengundurkan dirinya untuk ke Ipoh dengan menaiki tongkang (gurauan saja). Lebih kurang jam 0500 sampai masa untuk menghanyutkan diri di alam fantasi.......erm..erm!!..ERM!!!... Aduiiii!!!! Suara salah seorang sangat membingitkan telinga. Ini boleh mengakibatkan proses untuk hanyut terbantut. Aku hanyut ditemani pasir-pasir ditepi pantai. Turut menyertai Razz, Mumi, dan Izwan. Kami sama-sama hanyut diselimut langit beralas bumi.


Aku bangun pagi pada jam 0800. Mumi turut serta membangunkan diri. Tetapi kembali membaring diatas kerusi batu. Aku yang sudah celik tak dapat lagi melelapkan mata. Ayam peraman semalam masih lagi berbaki untuk ku panggang. Lantas dengan pertolongan Razz dan rakan-rakan yang lain, aku memanggang ayam tersebut sambil mereka yang lain pergi mandi laut.

:pge14:Alangkah seronoknya melihat mereka bermandi manda. Tapi ku kemalasan:pge03:. Tiada pakaian tambahan yang aku bawa. Hanya mampu melihat ragam mereka yang datang berkelah. Naik sahaja mereka mesti mencari makanan. :pge05:Disinilah peranan aku, yang menyediakan ayam panggang untuk mereka. 'Apa?? Kene sengat obor2?'. Razz also known as Ketua Pengakap telah disengat obor-obor di kaki kanannya.Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan 1300 (lebih kurang).Mereka semua dipanggil naik bersiap-siap untuk pulang. Tepat pukul 0200 ( lebih kurang ) mereka semua telah bersiap dan kami menuju ke parkir kereta. Disana kami adakan sesi penggambaran ( bukan filem).

Setelah sesi tersebut selesai, rancangan pertama kami ialah menghantar Syha ke Medan Kidd. Dalam perjalanan ke sana, kami telah berpisah dengan Mumi yang menuju ke P.Pinang. Setelah Syha selamat sampai di Medan Kidd, satu insiden yang memalukan (kelakar) terjadi. Aku, yang tidak menjadi kebiasaan padaku untuk memandu kereta bertransmisi auto telah memijak brek secara mengejut dan tangan kiriku menekan hon dengan serentak. :pge18:Demm!!. :pge19:Pelik brader yang melintasi dihadapan kami bersama kekasihnya (mungkin).:pge47:Pecah perut Lyn dan Cham gelakkan aku:pge48:. :pge05:Farah hanya mampu tersipu-sipu melihat kelakuanku yang sengal. Aku hanya mampu tergelak. Malu dibuatnya:pge40:.

Setelah itu, kami menghantar Cham dan Farah untuk membeli tiket keretapi untuk pulang ke Perlis pada sebelah malamnya. Apabila tiket sudah di beli, mereka berdua kami hantar ke rumah Ada (Vee) untuk tumpang berteduh dan menunggu sehingga tiba masanya.

A.B yang mulanya bersembilan, kini tinggal berempat. Destinasi seterusnya,kami tuju ke Teluk Intan. Sampai di sana, jam menunjukkan 1800. Kami berhenti di tepi jalan kerana Wan ingin ke tandas. Selepas selesai urusan beliau, kami berpisah pula dengan Ketua Pengakap a.k.a Razz. Kami bertiga menuju ke Sg. Besar untuk menghantar aku. Sampai disana, sudah mahu pukul 1900. Maka berpisahlah aku dengan Wan dan Lyn.

Lyn sampai di Serdang jam 2240 selepas menghantar Wan di stesen komuter. Wan dapat tiket jam 2330 dan sampai di Seremban jam 0000.

Kenangan bersama mereka takkan dapat aku lupakan. Segala pahit manis akan tersimpan. Bukan dalam hati tapi ingatan.

_____SEKIAN_____

TAMAT-----:D


Ahad, 15 Mac 2009

Batik Gulf -- part 4

Setelah sesi bergambar, kami menuju pula ke Teluk Batik. Ada tidak dapat ikut serta berikutan kondisinya yang tidak mengizinkan. Yus pula terpaksa balik ke rumahnya kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Jam menunjukkan waktu 2030 ( lebih kurang) :pge07:kami mengundurkan diri dari rumah Ada dan bergerak (bukan jalan kaki) menuju ke Teluk Batik. Dalam perjalanan, kami singgah di TESCO Stesen 18 untuk membeli keperluan untuk mengadakan BBq. Izwan dan Mumi telah menuju ke Teluk Batik dahulu memandangkan mereka menaiki motosikal.

Yang aku kesalkan (tak berapa nak kesal ar) kami mengajak kaum Hawa untuk membeli kelengkapan dan bahan makanan. :pge18:Faham sendiri saja apabila kaum Hawa bershopping, ada saja yang melekat di satu-satu tempat. Masa suntuk, Razz mencadangkan supaya aku dan dia sahaja yang pergi membeli keperluan. Kaum Hawa dibenarkan untk bershopping. Setelah keperluan dibeli, kami menuju kediaman adik Razz di Seri Iskandar untuk mencuci yang patut dan membuat rempah bagi melazatkan lagi ayam yang akan dipanggang nanti.

Sampai di Teluk Batik (setelah kerja membancuh rempah dan mencuci ayam siap), jam menunjukkan 0000 (lebih kurang). Izwan dan Mumi telah sampai lebih awal kerna mereka tidak singgah ke TESCO. Kami bertemu Roll (pak Arab) yang datang bersama rakan-rakannya.


Setelah memilih kawasan perkhemahan yang sesuai, masanya untuk memasang khemah. Dalam acara tersebut, terdapat satu insiden

yang tak dapat aku lupakan. Aku tersalah memilih 'tulang' untuk 'menaikkan' khemah. Dengan pertolongan Ketua Pengakap : Razz, khemah dapat dinaikkan jua.


bersambung...........


Batik Gulf -- part 3


Gambar di atas ialah akibat pelanggaran tersebut ( di roundbout Medan Kidd). Walaupun tak berapa nak remuk, remuk hati empunya kenderaan ini a.k.a Lyn. Sehinggakan beliau menitiskan air mata(part touching). Selepas keadaan kembali tenang selepas 10 minit, perjalanan diteruskan. My V dipandu oleh Lyn telah diambil alih oleh aku. Walapun tak biasa dengan perjalanan di Ipoh, ku turutkan jua bagi mencapai hasrat dan tujuan. Apabila gear sudah berada di 'D', aku memijak paddle minyak. Setelah anjakan menyuruh aku menukarkan gear kepada gear dua, kaki kanan ku mengagau mencari paddle clutch. Tangan kiri ku pula bertindak ingin menukarkan gear. Apa kejadahnya itu? Kereta ini bertransmisi auto. . Aduiiiii... Malu dibuatnya.
Sampai di rumah In (Ada@Vee), kami terus memarkirkan kereta. Di rumah beliau, kami dijamu dengan makan petang (malam). Aku bertemu kembali dengan ayah dan emaknya serta beradiknya yang lain. Setelah 3 jam berada di rumah beliau (In@Ada@Vee), satu sesi bergambar telah pun diadakan.

bersambung..........