Ahad, 2 Mei 2010

Xie xie nimen :D


Bismillahirrahmanirrahim~~

Jumaat lepas bertanggal 30/4/2010, berakhirlah praktikal aku sebagai guru di SMK Bandar Banting.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru tetap dan praktikal yg lain kerana memberikanku sokongan dan bantuan sepanjang menjalani latihan praktikal. Terutama mentorku En Azmi Hassan yang tidak kering dengan nasihat dan tunjuk ajar sepanjang pengajaran dan pembelajaranku sebagai guru praktikal.

Kepada kelas-kelas yang terlibat dalam latihan praktikal aku iaitu 4 IT 1, 4 PD 1, 3 B dan 3 E cikgu nk ucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang cikgu menjadi guru seni kamu semua. Walaupun cikgu hanya bertugas untuk hanya 3 bulan sahaja, tetapi karenah-karenah kamu sepanjang bersama cikgu tidak akan cikgu lupakan. Dan akan menjadi kenangan untuk selamanya. Nasihat cikgu buat kamu semua supaya belajarlah bersungguh-sungguh kerana ilmu itu amatlah penting. Tanpa ilmu, manusia akan bertukar menjadi sampah. Hehehehe.. Agak kasar, tapi itulah hakikatnya. Berikanlah tumpuan yang sepenuhnya tatkala guru berada di depan memberikan ilmu kepada kamu..

Kepada semua pelajar SMK Bandar Banting capailah kejayaan berkat usaha yang bersungguh-sungguh. ingatlah cogankata sekolah "Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan"

2 ulasan:

  1. hee...xpe2..xlm lg akan menyambung bakti mu di sek yg br..huhuh

    BalasPadam
  2. hohoho .... yup:D kamu pon jua begitu :D

    BalasPadam

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)