Isnin, 7 September 2009

Jangan memandai~~~!!!

KUALA TERENGGANU: Empat jari kanan seorang remaja bersepai apabila api yang dinyalakannya untuk memasang mercun buatan sendiri dipercayai menyambar belerang di atas tanah menyebabkan berlaku letupan kuat.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam di Kampung Binjai Rendah, Bukit Payung, dekat Marang, mungkin menyebabkan Wan Amirul Faiz Wan Abdullah, 14, hilang empat jarinya.

Selepas kejadian, mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan dan difahamkan tulang jari manisnya hancur manakala tiga lagi jarinya mungkin terpaksa dipotong.

Kakak mangsa, Wan Nur Syafira Wan Abduulah, 22, berkata adiknya berlari ke rumah sambil menangis dan ketika itu hanya beberapa titisan darah kelihatan, menyebabkan luka berkenaan dibalut sebelum mangsa di bawa ke HSNZ.

KLIK SINI untuk berita lanjut!!!

2 ulasan:

katakan.saja.apa.mahumu. itu.komen.kamu.bukannya.milikku.hehehehe
(kecualiyangberadadibawahnamaku)