Khamis, 24 Mac 2011

bikin panas je .... huh -_-

hish....

tak senang wa nk wat keje muliee...
sidai kain pon terganggu gugat...
ngah sedap melayan perasaan menyidai bj, lu sergah plak kan...
seb bek wa tak melatah...
kalo tidak penyepak hinggap di pipi lu dan hanger sangkut kat tinge...
niat yang murni disalah erti...

yang nko sakit hati sangat aku sidai bj tu nape wahai anjing blakang rumah???
pakkal tgn aku basah...
kalo kering mesti da hinggapkat lu...




(bukan gambar anjing sebenar,malam,takdapat nk snap
ihsan pak GUGEL)

sabar je la ngan pangai haiwan yg bertindak sebagai pak guard nih....

Ahad, 20 Mac 2011

Hati Laki2 :)

untuk semua lelaki:
asalkan saje nko tu bukan gay...
kita semua punya aweks, atau bakal punya aweks.
ada antara kita yg sudah punya isteri...
dan mereka semua wujud sebagai seorg pompuan!
selama nieh kita sekadar sering membaca isi hati pompuan, tentang girl rulez!
skang saat kita para lelaki menyatakan isi hati kita...

LUAHKAN INI KEPADA AWEKS2 KITA, ISTERI2 KITA!



untuk semua pompuan:


ini cerita dari sisi kami, kaum lelaki! kaum adam!
tapi dalam kelompok yg kami labelkan 'maskulin'...
aturan kami yg perlu diketahui oleh para aweks2, isteri2... kaum hawa!



1. tidak semua lelaki boleh membaca fikiran kamu
saat kamu murung tanpa suara... susah sangat ke nak cakap direct...??
"saye lapar.." "saye nak beli baju tu..." "pujuk ler saye.."

2. cakap apa yg kamu mahu...
sindir halus kami x faham, sindir kasar kami x faham,
body language lagi x faham... cakap je terus terang... senang je kan?!

3. YA dan TAK...
itu saje jawapan yg paling mudah kami faham... simple je!!
kami tak tahu nak telah maksud jawapan
"entahlah..." "tak tahu..." "tengoklah camana..."

4. ceritakan terus masalah kamu kerana kami mahu SELESAIKAN!
jangan cerita kalo kamu sekadar nak harapkan SIMPATI dari kami...
bleh dapatkan tu suma dari teman2 pompuan kamu, cerita je kat mereka!

5. hari minggu masa untuk berehat
jadi jangan harap kami dapat temani kamu
seharian jalan2 ronda2 semua mall seluruh klang valley!

6. shopping bukan exersize, kami takkan terfikir ke arah itu.
shopping cuma shopping... kalo nak, amik & bayar je...
beza kedai A & kedai B cuma singgit, tak payah le nak keliling seantero kl
jelajah mall ke mall untuk mencari yg paling murah.

7. menangis adalah ugutan.
kami lebih rela dengar guruh, petir, bom meledak dari
dengar tangisan kamu yg buatkan kami kejang & tak mampu berbuat apa.

8. sakit kepala 17 bulan tu PENYAKIT...
gi je jumpa doktor sana!!

9. semua janji kami 6 bulan dulu jangan terus ditagih...
boleh saje luput dalam masa 7 hari!
janji kami nak harung lautan api, daki gunung tertinggi,
nak belah dada cuma klise... jangan laa amik serius!

10. kalo kamu tak mahu pakai baju macam model2 pakaian dalam...
jangan harap kami dapat jadik perfect macam hero2 telenovela!

11. kalo kamu fikir kamu debab, kamu dah kerepot,
kamu tak cantik... mungkin iyee!!
jangan tanya kami.......
CERMIN LEBIH JUJUR DARI SEORANG LELAKI!


12. kamu bleh menyuruh kami selesaikan sesuatu
ATAU buat sesuatu ikut cara kamu...
tapi jangan KEDUA2nya, bebeh!
kalo kamu fikir ikut cara kamu lebih baik... buat je sendiri!

13. kalo nak cakap ape2 tunggu je masa iklan...
jangan sibuk nak bercakap masa tendangan penalti!

14. kami bukan budak kecik
yg harus diingatkan lewat SMS "jangan lupa makan", "tidur lena2 yea...", blablabla
itu cuma membazirkan kredit!

15.kalo gatal, garu sendiri!
kami pom akan buat camtu jugak...

16. kalo kami bertanya kamu cakap "tak ade ape2",
kami akan berfikir memang kamu tak ade ape2.
ingat seperti no.1 kat atas nuh... cakap direct, dear! CAKAP DIRECT!

17. kalo kita berdua harus pegi ke sesuatu majlis bersama,
kamu pakai panties aje pun kami tak kisah....
jadik jangan bagi alasan x bleh pegi pasal xde baju nak pakai!

18. jangan tanya apa yg kami fikir...
kecuali kamu memang nak bersembang pasal bola,
snooker, mancing, atau camana plak nak modified kete pasni...

19. kami x suka berdebat melibatkan hati & perasaan...
kami hanya pakai hukum logik!

20. kami tak punya banyak masa
untuk menunggu kamu siap bersolek & berhias...
kalo nak keluar bersama pukul 8 malam,
siapkan cepat2 semuanya pukul 2 petang...
bukan dalam masa kami sedang menunggu!

terima kasih kepada kamu~~ semua pompuan yg membaca!

faham???

kalo dah faham, bagus!!

errr malam karang kami kena tido kat sofa... huhuu!! T_T

artikel asal <<<

Isnin, 7 Mac 2011

sharing is cariNG :)

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Dalam sebutan rumi : Allahumma In Kunta Ta'lamu Unni Aamantu Bika, Wa Birasulika Wa Ahsontu Firji Illa 'Ala Zawji Fala Tusallit 'Alayya Al-Kafir Wa Az-Zalim.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

cedokkan dari sini

Ahad, 6 Mac 2011



Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas.

Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang berteraburan itu tetapi sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberikan kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi mereka yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini amat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Nabi Muhammad :

يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام

Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)

Lebih teruk dari itu, tiada lagi rasa 'malu' dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat yang sama. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga terpaksa akhirnya pihak berkuasa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.

HUKUM BARANG JUMPA

Bayangkan di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik pun tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa dikethaui pemilik dinamakan 'Luqatah' di dalam ilmu Fiqh Islam.

Nabi menyatakan :

من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء

Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini." ( Riwayat Abu Daud )

Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma'bud, hlm 101).

Itu perbincangan hukum menjumpai harta dan panjang lagi perbincangannya dalam mazhab-mazhab Fiqh Islam, cuma dapat kita lihat betapa Islam mengajar umatnya agar sentiasa peka dan berhati-hati dalam apa jua harta yang diterima. Malah yang dijumpai pun belum tentu boleh dimanfaatkan. Apatah lagi untuk mengganggap ia sebagai 'rezeki terpijak' atau 'durian runtuh'.

Jika demikian displin Islam dalam bab harta yang dijumpai, tentulah Islam sangat melarang sesiapa juga mengambil kesempatan mencuri, merompak dan melarikan wang yang tercicir akibat kemalangan sedang diketahui tuannya sedang dalam kesakitan.

Sebenarnya keadaan 'mengambil kesempatan' di atas sesuatu musibah dan kemalangan ini bukan hanya merujuk kepada kes di atas, tetapi telah banyak kali dapat kita baca disiarkan oleh media massa. Ada yang mengambil kesempatan semasa kebakaran, gempa bumi dan sepertinya, mereka mencuri barangan tuan rumah yang terpaksa ditinggalkan.

Teringat pernah diwartakan suatu ketika dahulu, bagaimana mangsa yang cedera parah dan yang maut akibat kemalangan dicuri dompet dan barangan berharga mereka yang terdapat di dalam kenderaan. Semuanya dilakukan oleh sebahagian penyamun dari kalangan orang ramai yang berkerumun yang kononnya ingin membantu, keadaan itu menyukarkan tugas polis untuk mengenal mangsa.

Tidak kurang juga yang merompak semasa demonstrasi dan yang lebih teruk pernah dilaporkan, seorang pegawai sukarela menangkap pelaku khalwat, menerima rasuah dan ada yang merogol mangsa ketika dalam perjalanan menghantarnya ke rumah ibubapa mangsa. Begitu buruknya sifat dan sikap manusia seperti ini.

CERMINAN MASYARAKAT KITA?

Gambaran-gambaran di atas sebenarnya mampu memberikan sedikit idea berkenaan sikap sebahagian besar masyarakat kita hari ini. Sikap tidak amanah apabila berhadapan dengan peluang mendapat wang dan peluang mudah, dengan segera disambar tanpa menghiraukan kesan luka di dalam hati mangsa. Disebabkan oleh sifat sebegini rasuah masih gagal dihentikan, keterlibatan dalam skim cepat kaya, skim piramid dan pelbagai skim menipu masih terus berkembang dan mendapat mangsa. Semuanya disebabkan sifat kerakusan malas mengkaji dan tanpa ilmu yang menyubur, menyebabkan diri tersangkut di dalam jerat pendapatan kononnya cara mudah.

DOSA BERGANDA

Dosa bagi mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Merampas dan meragut sememangnya merupakan suatu dosa. Namun apabila ia dilakukan di ketika pemilik harta dalam keadaan cedera kemalangan sama ada di jalanraya atau kemusnahan di dalam rumah. Dosa penjenayah terbabit BERGANDA, KEHINAAN mereka di sisi Allah juga menjadi berganda.

Hal itu hampir sama seperti mengenakan caj penalti di ketika peminjam tidak mampu melunaskan hutangnya, dan berada di dalam situasi yang benar-benar sukar. Dalam keadaan itu, pemberi pinjam sewajarnya memberikan waktu kelegaan bagi meringan beban peminjam dan bukan menjerut leher mereka dengan menambah hutang mereka dengan caj penalti yang membebankan. Ia adalah riba dan Ibn Qayyim menegaskan pengharamanya disebabkan kezaliman jelas yang terkandung dalam tindakan tersebut.

WAJIB PULANGKAN

Justeru, saya ingin menasihatkan mana-mana individu yang terlibat mengutip dan melarikan wang tercicir di dalam kemalangan di lebuhraya kelmarin, agar segera bertaubat dan memulangkan wang terbabit kepada pemiliknya walau ia bernilai beberapa ringgit.

Nabi bersabda :

لا يحل لمسلم أن يروع مسلما، إذا أخذ أحدكم متاع أخيه فليرده

Ertinya : Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan Muslim yang lain, dan apabila seorang kamu mengambil hak milik saudaranya yang lain, wajiblah dia memulangkannya kembali (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud)

Nabi juga mengingatkan :

لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه.

Ertinya : Tidak halal harta yang dimiliki oleh seseorang Muslim ( untuk diambil oleh orang lain) kecuali diizinkan olehnya ( Riwayat Ahmad, 5/72)

Tanpa memulangkan kembali, ia bakal menjadi suatu beban di dalam kuburan kelak. Ia amat jelas wang yang haram digunakan oleh mereka dan perlu disedari dosa tindakan itu berganda-ganda kerana sebab yang dinyatakan di atas.

KESIMPULAN

Kes kemalangan di lebuhraya itu hanyalah sebagai contoh kepada semua jenis insiden kemalangan yang lain. Amat perlu masyarakat kita diingatkan agar tidak sama sekali mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Walaupun sekali pandang, kes ini kelihatan kecil dan remeh tetapi hakikatnya ia adalah besar kerana memberi cerminan sikap masyarakat kita yang amat gersang dari pengisian rohani dan etika, sehingga tergamak mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Ia juga membimbangkan kerana melambangkan sikap pentingkan diri sendiri sudah begitu hampir ke tahap kemuncak kejahatan kejahatan.

Jika demikian sikap mereka terhadap duit beberapa sen dan ringgit sahaja, bayangkan jika di hadapan mereka adalah wang yang lebih besar.

Pihak berwajib dan mana-mana pihak yang punyai kuasa sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara tidak boleh memandang ringan insiden ini kerana ia jelas memerlukan satu plan terbaik untuk merawat pembangunan kerohanian, integriti dan etika masyarakat.

Tidak dinafikan, ia juga mungkin manifestasi betapa terdesaknya masyarakat ketika menghadapi tekanan perbelanjaan harian yang semakin meningkat dewasa ini. Tekanan yang semakin mendesak boleh mengakibatkan seseorang bertindak seperti hilang aqal.

Semoga kita semua mampu berperanan dalam ruang lingkup kuasa kita selain berteriak meminta pihak itu dan ini untuk bertindak. Jalan yang terbaik untuk memulihkan masalah ini adalah mulakan dengan diri dan keluarga sendiri.

Sekian

artikel asal <<