Rabu, 30 September 2009

Pujangga September~~


Kilauan neon sinari pandang
Titian usang dimakan waktu
Jelaga awan litupi sesuatu

Keluhan unggas memecah sunyi
Ditirai malam sunyi menyelubungi
Harapan lalu terkubur kini
Butuhi sinar menerangi kembali

Bagai puteri didanau kalbu
Mengimpikan sang putera dikaki langit
Disaat bulan menyimbah cahaya
Yang dinanti tak kunjung tiba

Sepi sang hati terhiris luka mengalir nila

Khamis, 24 September 2009

terPERANGKAP!!!~~

pe nk wat malam ni ek ???
nampak lak basikal Izzati di ruang parkir...
lantas tanpa segan silu kerna tiada orang yang nampak, tros kucapai dan ku tunggangi sampai ke 7E...
agak lenguh jgk ye... al maklumlah... agak lama sudah tidak mengayuh....beli favourite (ikhsan pacik GOOGLE)2 tin... lalu kembali ke rumah .... teguk setin sambil menhirup rokok....setin lagi sesudah... hehehehe

Ahad, 20 September 2009

Rabu, 16 September 2009

Kau pergi.......~~~~(x_0)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia....

Isnin, 7 September 2009

Jangan memandai~~~!!!

KUALA TERENGGANU: Empat jari kanan seorang remaja bersepai apabila api yang dinyalakannya untuk memasang mercun buatan sendiri dipercayai menyambar belerang di atas tanah menyebabkan berlaku letupan kuat.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam di Kampung Binjai Rendah, Bukit Payung, dekat Marang, mungkin menyebabkan Wan Amirul Faiz Wan Abdullah, 14, hilang empat jarinya.

Selepas kejadian, mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan dan difahamkan tulang jari manisnya hancur manakala tiga lagi jarinya mungkin terpaksa dipotong.

Kakak mangsa, Wan Nur Syafira Wan Abduulah, 22, berkata adiknya berlari ke rumah sambil menangis dan ketika itu hanya beberapa titisan darah kelihatan, menyebabkan luka berkenaan dibalut sebelum mangsa di bawa ke HSNZ.

KLIK SINI untuk berita lanjut!!!

Jumaat, 4 September 2009

Tersisih dinegara sendiri~~~!!!

arghhhh...mahu cepat ni...nnt ketinggalan bas....sedang aku ingin mendekati bas tersebut , datang satu negara membawa bala tentera. aku terpaksa berlawan kepantasan bersama mereka. tetapi kudrat ku hanya yang termampu... lantas satu negara bangla telah menghancurkan harapanku untuk pulang...tersisih dinegara sendiri...

(diceritakan kembali kepada penulis)

unwritten memory~~~!!!

Hari ni 27.06.09
saya berasa sangat bengang ...
moto sudah tidak mahu hidup...
da repair kate tauke tu...
tapi mengapa masih masalah yg sama...
adakah kepala aku sudah basah...
hari ni lak sabtu...
adessss....
esok ade ke kedai yg bukak??