Sabtu, 25 April 2009

DORAEMON SI KUCING BIRU

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku amat taksub dengan gambar2 si kucing biru. Aku telah sedaya upaya mencari kertas dinding mengenai si kucing biru ini. Diantaranya ialah :


>>>DOWNLOAD BUNDLE HERE<<<

p/s : cedokan

Khamis, 23 April 2009

BUNKFACE-MUKABANGKU



Cedokkan...HA HA HA 3

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG

kuang...kuang. .kuang...

Cedokkan...HA HA HA 2

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

Cedokkan...HA HA HA

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !

Rabu, 22 April 2009

Lepak sini je slalu

Macam ada disini .....

Klik sini untuk mengujungi.

Jika berminat bolehlah mendaftar.

Isnin, 20 April 2009

Lagu Peberet...ngehehehe

Lirik Lagu : Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo
>>> DOWNLOAD DI SINI<<<

Rabu, 15 April 2009

Kucing Biru yang Shumell 2


Tanpa melengahkan masa, aku terus upload hasil manipulasi gambar-gambar kucing biru yang comel dan inilah hasilnya.

Kucing Biru yang Shumell

Entah mengapa lagu tema siri kartun Doraemon terngiang-ngiang dalam kepala aku sejak akhir-akhir ini. Mungkin salah satu terapi jiwa mungkin. Jumpa pula dengan video tarian bertemakan lagu tersebut lalu aku memutuskan untuk berkongsi dengan kamu semua.




Juga turut disertakan lirik lagu ini. Harus diingat bahawa ini adalah versi penuh lagu tersebut.
Semoga enjoy!!!!
:White02:

Doraemon
by Nobita

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru

sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru

omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru

sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu… doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Selasa, 14 April 2009

Pertama kali di 'tag' (apekah??)


(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)

Kenapa anda suke gambar ini?
sebabnye aku sering menghidu bau2an yg kurang menyenangkan.HA HA HA
dan mata ku yang julin dapat dicenterkan.

Bila kali terakhir mkn pizza?
kurun ke 18 (dah lama tak makan)

Lagu terakhir yg anda dengar?
SUM 41 - With Me

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
kemas depan umah (da macam semak)

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
1. amat
2. bb

Tag lagi 5 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1. tiya
2. kill-vearn
3. jogho
4. durian
5. cipu

no 1 pada anda?

kenalan pertama di Perak 3

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
classified ( tak tahu)

Kata sesuatu berkenaan no 5:
si kurus yang aktif

Bagaimana dgn org no 4?
sori beb wa tak dapat datang kenduri lu (tade transport. HA HA HA)

Siapa org no 2?
pge 46

Rabu, 8 April 2009

Hidung gatal


(Lubang hidungku cukup besar untuk bernafas)
Arghh!!!!!:White09:
Sarapan hari ni pecal dan ayam Somalia (rangka ayam).Sarapan jam 1130.Makan ayam Somalia - gatal hidung. Dua minggu lepas makan udang ketak - gatal hidung. Gatal hidung mengakibatkan bersin sampai hidung merah (kalah Ronald Mc Donald). Pengulangan bersin berlaku sampaikan nak cabut hidung tu letak dalam peti ais. Gatal hidung sampaikan jari tak mencukupi untuk menaip dan menggaru hidung. Genetik ke punca atau apakah? Masih menjadi persoalan.

Sarapan hari ni pecal dan ayam Somalia (rangka ayam).Sarapan jam 1130. Gatalnya hidungku:White25:

Sabtu, 4 April 2009

Kategori Pelaku (kentut)

:Monkey47:Aku selalu kentut. Ada kalanya kentut aku itu tak berbau. Tetapi seringkali kentut itu berbau. Kentut terjadi kerana berlakunya proses respirasi dan angin tersebut dikumpulkan dibahagian punggung sebelum dilepaskan Hasil keputusan kajian yang kononnya aku lakukan, aku dapat menafsirkan dan mengkategorikan pelaku kepada beberapa jenis seperti berikut :->

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

~ This is for fun only!:Monkey47::Monkey28::Monkey47:

Che'gu Berahim dan anak muridnya...

:Monkey01:

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang
sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan
mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya
menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim
menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau
berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit
Che'gu, sebab tu saya berhenti Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah
bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun
bertanya, Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi
mana-mana.


PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat
kek didapur.

Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan kat dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke
hape??


PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah
Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut,
beliau mengajar bab cara berwudhuk.
"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan
soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah man
dol.

Man Dol: Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil
wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man Dol: Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu
tu boleh buat spare!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Dol : untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Berahim: uii... lagi bagus.... berdiri atas meja sampai habis
kelas..