dah lama aku tak menaip utk mengisi kekosongan di blog ni. erm..tiada perkara untuk aku luahkan buat masa ni.sebenarnya aku sudah leka apabila berbual di maya (bukan maya karin(diulang)).
yahoo messenger. ku mengenalinya tatkala aku di universiti mungkin.erm..pada permulaannya macam biasa je. setelah tamat belajar aku sambong hobiku itu di kg pula.berubah dari kebiasaanya dimana aku hanya bersembang dengan mereka yg aku kenali kepada kawan baru.
aku mulai bersembang dengan mereka disaat aku memasuki sebuah bilik (perak3).antara kawan baru yg aku kenali pada waktu itu ialah tiya dan palie. tiya merupakan seorang student dan palie pula telah pon bekerja(aku nganggor).melalui tiya, aku dapat pelajari untuk keudarakan lagu di bilik itu(room). berkawan dengan palie pula aku dapat mengetahui cara mengelakkan dari di boot. dengan menggunakan client.
untuk menambah pengetahuan, client yang dimaksudkan disini bukanlah pelanggan, tetapi perisian seperti yahoo messenger tetapi mempunyai function tambahan dan appearence yang berbeza. alhamdulillah, semenjak menggunakannya aku jarang sekali mendapat pm laju2 (kesan diboot).
selepas sekian lama, aku cemburu melihat id @rocketmail,@ymail dan lain-lain lagi.justeru aku mencari perisian untuk membuat id seperti yang telah ku bicarakan sebentar tadi. aku berjaya menggunakan perisian tersebut pada cubaan yg keberapa kali aku tak ingat. dan sekarang, id baru aku ialah che_amat@kimo.com (kepada sesiapa yang berminat utk menambah aku dalam senarai kawan bahkan menyemak je silakan untuk menambah).
apa yang dapat ku analisa dari tindakan berbual di maya(diulang lagi, bukan MAYA KARIN)ialah:
- kita menjadi leka (waktu kite tahu kerana adanya jam di dekstop)
- sentiasa mencuba yang baru
- banyak sudah id
- kita boleh mencari kawan atau pun lawan(walau hanya berkata2, suara kite boleh di udarakan)